Pola Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif Dalam mata Pelajaran Kimia Di Kalangan Pelajar Pintar Cerdas

Mamat, Siti Rahana and Shariffudin, Rio Sumarni (2006) Pola Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif Dalam mata Pelajaran Kimia Di Kalangan Pelajar Pintar Cerdas. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif merupakan elemen yang penting di dalam sistem pendidikan di Negara kita sekarang. Walaupun kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif bukan sebagai mata pelajaran, namun unsur-unsurnya perlu disepadukan bagi semua mata pelajaran. Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengenal pasti penguasaan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif serta perbezaan kemahiran berfikir berlainan jantina di kalangan pelajar pintar cerdas. Sejumlah 200 orang pelajar telah dipilih sebagai responden. Mereka merupakan pelajar daripada dua buah sekolah berasrama penuh dan sebuah MRSM. Alat kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah satu set soal selidik yang terdiri daripada dua bahagian iaitu A dan B. Bahagian A berkaitan dengan biodata responden manakala bahagian B merupakan soalan-soalan kimia yang berkaitan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Data yang diperoleh di analisis menggunakan Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 11.5. Hasil daripada kajian mendapati bahawa pencapaian pelajar dalam kemahiran berfikir yang dikaji berada pada tahap pencapaian sederhana iaitu dengan peratus sebanyak 62.48%. Kajian ini diharap dapat memberi panduan kepada pihak guru dan sekolah dalam usaha memantapkan lagi perlaksanaan Kemahiran Berfikir Secara kritis Dan Kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 06849
Subjects: Chemistry Education > Chemistry Education
Social Aspects of Education > Generic Skills
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 03:57
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/9997

Actions (login required)

View Item View Item