Perbandingan Di Antara Air Reverse Osmosis (ro) Dengan Air Masak Terhadap Pengekalan Kandungan Air dalam Badan Seseorang Atlit.

Lam, Sui Heng and Ibrahim, Halijah (2006) Perbandingan Di Antara Air Reverse Osmosis (ro) Dengan Air Masak Terhadap Pengekalan Kandungan Air dalam Badan Seseorang Atlit. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Air ialah bahan perantara untuk melaksanakan semua tindakbalas biokimia sel dan tisu dalam badan manusia. Penyelidikan ini adalah bertujuan untuk membuat perbandingan di antara air Reverse Osmosis (RO) dengan air masak terhadap kandungan air dalam badan seseorang atlit. Seramai 6 orang lelaki dan 6 orang perempuan yang berumur dalam lingkungan 23 hingga 25 tahun telah dipilih di kalangan pelajar Universiti Teknolgi Malaysia,Skudai, Johor untuk dijadikan subjek dalam kajian ini. Alat bodynamics-body composition analyzer digunakan untuk mengukur kandungan air dalam badan subjek. Subjek diberikan air masak atau air Reverse Osimosis (RO) secara rawak dalam 2 sesi ujian. Setiap subjek tidak mengetahui jenis air yang diberikan ketika ujian dijalankan. Penganalisaan data mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan t = 4.782, p< 0.001 di antara air Reverse Osmosis (RO) dengan air masak terhadap kandungan air dalam badan seseorang atlit.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 06784
Subjects: Biology Education > Biology Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 01 Oct 2014 11:02
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/9932

Actions (login required)

View Item View Item