Rekacipta Instrumen Uijian vertical Jump Berteknologi Digital (sensor) Bagi Ujian Kecergasan Fizikal

Yahaya, Izwanuddin and Ibrahim, Halijah (2006) Rekacipta Instrumen Uijian vertical Jump Berteknologi Digital (sensor) Bagi Ujian Kecergasan Fizikal. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Ujian Vertical Jump atau di kenali dengan Ujian Lompatan Menegak adalah salah satu komponen ujian kecergasan fizikal dalam sukan. Di dalam ujian ini individu perlu mencapai tahap lompatan semaksimum boleh bagi menentukan skor atau gred seseorang individu berdasarkan norma tersedia. Lompatan diukur berdasarkan kepada ketinggian capaian tangan dibezakan dengan ketinggian cecahan tangan. Kajian ini bertujuan bagi mereka bentuk instrumen yang baru, berteknologi digital dan mudah alih untuk memudahkan kaedah pengukuran. Kebolehpercayaan instrumen diuji ke atas 10 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains Sukan). Instrumen baru direka bentuk dengan menggunakan teknologi sensor. Prosedur ujian dijalankan dengan mengesan ketinggian sebelum lompatan. Kemudian ketika lompatan menegak dilaksanakan, ketinggian maksimum kepala subjek di kesan dengan menggunakan sensor tersebut. Keputusan kajian adalah nilai-t- adalah 0.093 iaitu nilai-t ini lebih besar daripada nilai aras signifikan di tetapkan iaitu p<0.05. Bagi nilai kebolehpercayaan (reliability) nilai Alpha r = 0.99. Hasil kajian menunjukkan terdapat kebolehpercayaan yang tinggi terhadap instrumen yang dibangunkan.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 06765
Subjects: Physics Education > Physics Education
Sport Science Education > Sport Science Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 01 Oct 2014 11:02
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/9913

Actions (login required)

View Item View Item