Analisa Perbandingan Servis Kuda Dan Servis Sila

Mohammad, Abdul Hafiz and Zainuddin, Zainal Abidin (2006) Analisa Perbandingan Servis Kuda Dan Servis Sila. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian yang dijalankan ini untuk melihat perbandingan diantara servis kuda dan servis sila yang digunakan dalam permainan Sepak Takraw terhadap pemain tekong Sepak Takraw lelaki yang mewakili Universiti Teknologi Malaysia dalam kejohanan Intervarsiti (MASUM) . 2 orang subjek dipilih untuk melakukan servis kuda dan servis sila. Perbandingan dibuat terhadap tiga item yang utama iaitu dari segi pergerakan, kelajuan dan ketepatan. Item pergerakan dinilai melaui rakaman video. Item kelajuan di ukur menggunakan instrumen Newtest Powertimer manakala aspek ketepatan dinilai melalui ujian ketepatan jatuhan bola yang ditentukan oleh penyelidik. Analisis rakaman video dijalankan dengan melihat gerakan fasa demi fasa. Ujian t digunakan untuk membandingkan kelajuan maksimum antara servis manakala peratusan digunakan untuk ujian ketepatan. Analisa rakaman video menunjukkan servis kuda mempunyai kelebihan dari aspek sudut dan ketinggian kontak. Terdapat perbezaan yang signifikan antara kelajuan servis kuda (p=0.02) berbanding servis sila dimana servis kuda mempunyai kelajuan yang lebih tinggi. Analisa ketepatan pula mendapati ketepatan servis sila adalah lebih tinggi (77.8%) berbanding servis kuda (22.2%). Dapatan dari kajian ini menunjukkan servis kuda mempunyai kelajuan yang lebih baik tetapi kurang efektif dari segi ketepatan berbanding dengan servis sila.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 06761
Subjects: Sport Science Education > Sport Science Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 01 Oct 2014 11:02
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/9909

Actions (login required)

View Item View Item