Kesan Air Biasa (air Kosong) Dan Minuman Tenaga (100plus) Terhadap Dehidrasi Ke Atas Pemain Hoki

Md Isa, Syaratul Irwina Nadrah and Bakar, Md Nor (2006) Kesan Air Biasa (air Kosong) Dan Minuman Tenaga (100plus) Terhadap Dehidrasi Ke Atas Pemain Hoki. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Air merupakan elemen penting yang diperlukan oleh badan (70% dari berat badan) dan jika kandungan air di dalam tubuh berkurangan, seseorang individu tersebut akan mengalami dehidrasi. Berdasarkan perkara tersebut, kajian yang berbentuk eksperimental dijalankan bertujuan untuk menguji keberkesanan air biasa (air kosong) dan minuman tenaga (100plus) terhadap dehidrasi ke atas pemain hoki sewaktu menjalani latihan. Kajian ini dijalankan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, di mana seramai 10 orang pemain hoki wanita dari pasukan UTM dipilih sebagai sampel kajian ini. Kesemua sampel ini telah dibahagikan kepada dua kumpulan yakni lima orang untuk kumpulan air biasa dan lima orang yang lain untuk kumpulan air minuman tenaga (100plus). Pengujian ini mengambil masa selama tiga minggu dengan kekerapan latihan dua kali seminggu. Keberkesanan dua jenis air ini diuji dengan mengukur berat badan dan kandungan air di dalam tubuh sebelum dan selepas sampel menjalani latihan hoki. Selain itu juga, beberapa pembolehubah juga diukur untuk menguji jika terdapat kemungkinan yang ia memberikan kesan sampingan terhadap dehidrasi ke atas pemain hoki. Semua data diproses dengan menggunakan SPSS versi 14 iaitu sebuah perisian statistik dan dianalisis dengan menggunakan Ujian t Sampel Berpasangan (Paired Sample t-Test) pada tahap signifikan p ≤ 0.05 untuk menguji hipotesis kajian. Hasil daripada kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan terhadap dehidrasi ke atas pemain hoki UTM selepas mengambil dua jenis air minuman yang berbeza. Selain itu, pengambilan air minuman tenaga amat sesuai apabila jangka masa latihan atau pertandingan melebihi satu jam dan jumlah pengambilannya mestilah berpatutan. Pengambilan air biasa merupakan kaedah terbaik untuk mengelakkan atlit dari mengalami dehidrasi. Secara kesimpulannya, pengambilan air adalah amat penting untuk atlit bagi menggantikan air tubuh yang hilang sewaktu menjalani latihan melalui perpeluhan. Kajian ini boleh diubah oleh pengkaji pada masa akan datang dengan memilih subjek yang berlainan jantina dan kajian dilakukan untuk dua situasi yang berbeza yakni pada waktu latihan dan waktu pertandingan bagi melihat kesan yang lebih signifikan.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 06760
Subjects: Sport Science Education > Sport Science Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 01 Oct 2014 11:02
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/9908

Actions (login required)

View Item View Item