Choice Of Language In The Teaching Of Science In English in The Malaysian Classroom

Tan, Hooi Koon and Mohd Omar, Noor Adibah (2006) Choice Of Language In The Teaching Of Science In English in The Malaysian Classroom. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Perubahan bahasa pengantar untuk pengajaran subjek Sains pada tahun 2003 telah membangkitkan isu pemilihan bahasa pengajaran dalam bilik darjah. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pilihan bahasa yang dibuat oleh guru dalam pengajaran subjek Sains; sama ada (1) bahasa alternatif selain Bahasa Inggeris diperlukan untuk mengajar Sains, (2) bila bahasa alternatif digunakan dan (3) sebab-sebab di sebalik penggunaannya. Seorang guru Sains kepada tiga buah kelas tingkatan dua di sebuah sekolah menengah kebangsaan telah dipilih untuk kajian ini. Pemerhatian ke atas pengajaran beliau dalam setiap kelas telah dirakamkan setiap hari selama dua minggu berturut-turut untuk dianalisa. Hasil analisis menunjukkan bahawa (1) Bahasa Malaysia merupakan satu-satunya bahasa alternatif yang digunakan dan (2) Bahasa Malaysia digunakan kebanyakannya semasa perbualan peribadi serta semasa mengawasi para pelajar manakala ia kurang digunakan semasa pengajaran isi kandungan walaupun frekuensi penggunaan berbeza mengikut tahap kemahiran Bahasa Inggeris pelajar serta jenis aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Sebab yang paling utama di sebalik penggunaan bahasa alternatif adalah ketidakbolehan pelajar memahami proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris disebabkan oleh tahap penguasaan Bahasa Inggeris yang lemah. Selain itu, Bahasa Malaysia juga digunakan untuk tujuan afektif serta untuk memupuk perhubungan yang rapat dengan para pelajar. Kesimpulan kajian menyertakan saranan agar lebih sokongan pembelajaran Bahasa Inggeris diberikan untuk para pelajar terutamanya yang lemah dalam Bahasa Inggeris agar mereka dapat menguasai subjek Sains dengan jayanya.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 06710
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 01 Oct 2014 11:02
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/9860

Actions (login required)

View Item View Item