An Error Analysis On Lab Reports Written By utm Civil Engineering Students

Ariff, Aifaa and Khalil, Khairuzilah (2006) An Error Analysis On Lab Reports Written By utm Civil Engineering Students. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk mengenalpasti jenis-jenis kesalahan dan kekerapan bagi setiap kesalahan tersebut di dalam laporan makmal yang ditulis oleh pelajar-pelajar jurusan Kejuruteraan Awam, UTM. Ia juga bertujuan untuk mencari langkah-langkah dan cadangan-cadangan dalam mengurangkan kadar jumlah kesalahan yang dilakukan oleh pelajar-pelajar di dalam penulisan mereka. Sebanyak 10 laporan makmal telah diperolehi daripada sepuluh pelajar-pelajar kejuruteraan awam yang mengikuti subjek SAB 2012 (Makmal Jalanraya) sebagai sampel dalam kajian ini. Selain dari itu, 4 orang pensyarah-pensyarah UTM daripada Jabatan Bahasa Moden yang mengajar kursus ESP juga dipilih untuk dijadikan subjek dalam kajian ini. Satu senarai analisa kesalahan yang telah diadaptasikan dan juga borang soal selidik telah digunakan sebagai instrumen dalam kajian ini. Kajian ini mendapati bahawa pelajar-pelajar melakukan lebih banyak kesalahan-kesalahan Intralingual disebabkan kesilapan dalam menyimpulkan peraturan yang terdapat dalam Bahasa Inggeris berbanding dengan kesalah-kesalahan Interlingual iaitu disebabkan oleh gangguan negatif L1. Berdasarkan dapatan, penyelidik telah memperoleh beberapa langkah-langkah atau kaedah yang paling dirasakan sesuai oleh pensyarah-pensyarah ESP untuk mengurangkan kadar kesalahan yang dilakukan oleh pelajar-pelajar didalam penulisan mereka.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 06695
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 01 Oct 2014 11:02
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/9845

Actions (login required)

View Item View Item