Teachers Perceptions On The Implementation Of contemporary Children s Literature In Primary Schools

W Mat Alli, Wan Syeida and Abdul Hamid, Siti Aishah (2006) Teachers Perceptions On The Implementation Of contemporary Children s Literature In Primary Schools. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menyelidik persepsi guru-guru Bahasa Inggeris sekolah rendah tentang implementasi Sastera Kontemporari terhadap pelajar-pelajar Tahun 4 yang telah mula dilaksanakan pada tahun 2005. Kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji kesesuaian pengenalan sastera kepada pelajar-pelajar sekolah rendah. Selain daripada itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti perananperanan Sastera Kontemporari tersebut terhadap para pelajar sekolah rendah dan mengenalpasti strategi-strategi pengajaran yang sesuai dan boleh digunakan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sastera Kontemporari ini. Kajian ini melibatkan 30 orang guru Bahasa Inggeris yang mengajar Sastera Kontemporari di sekolah-sekolah rendah di daerah Johor Bahru. Data-data diperolehi melalui penggunaan borang soal selidik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa implementasi Sastera Kontempori wajar dilaksanakan di peringkat sekolah rendah. Walaubagaimanapun, dapatan kajian menunjukkan bahawa implementasi Sastera Kontemporari ini mempunyai lebih kepentingan nilai estetika berbanding kepentingan akademik. Guru-guru Bahasa Inggeris boleh menggunakan sastera kanak-kanak di dalam pengajaran dengan pemilihan teks yang sesuai. Di samping itu, dapatan kajian juga menunjukkan strategi-strategi pengajaran yang mempunyai frekuensi yang tinggi dan sesuai untuk digunakan ialah pembacaan lisan oleh guru, pembacaan individu oleh pelajar dan drama.Kekangan kajian juga telah dibincangkan dan akhir sekali kajian pada masa hadapan serta cadangan juga turut disentuh oleh penyelidik.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 06689
Subjects: Linguistics Education > Literature Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 01 Oct 2014 11:02
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/9839

Actions (login required)

View Item View Item