The Evaluation Of Supplementary Books Used In The teaching And Learning Of English Literature in Lower Secondary Schools In Johor Bahru

Yap, Wai Yee and Sulong, Nor Zarina (2006) The Evaluation Of Supplementary Books Used In The teaching And Learning Of English Literature in Lower Secondary Schools In Johor Bahru. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Pengajian sastera yang disatukan ke dalam Huraian Sukatan Pelajaran KBSM Bahasa Inggeris dan telah dimasukkan ke dalam kertas Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) Bahasa Inggeris sejak tahun 2002. Oleh yang demikian, pelbagai buku-buku tambahan sastera Bahasa Inggeris telah dihasilkan oleh pelbagai penerbit untuk menampung keinginan di pasaran. Jadi, ia memang susah untuk meyakinkan bahawa buku-buku tambahan adalah berkesan dan berguna kepada pengguna untuk membolehkan pelajar memahami tujuan mempelajari sastera Inggeris. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk meninjau pandangan di kalangan guru-guru dan pelajar-pelajar terhadap dua buah buku yang digunakan di sekolah iaitu Baby Steps In Understanding Literature Component dan Exploring Literature in the Language Classroom. Selain daripada itu, tujuan kajian ini adalah untuk melihat sama ada dua buah buku tambahan sastera ini selari dengan Huraian Sukatan Pelajaran KBSM. Data-data kajian ini deperolehi melalui pengedaran boring soal selidik kepada 10 orang guru Bahasa Inggeris dan 150 orang pelajar di 5 buah sekolah menengah sekitar Johor Bahru. Hasil kajian mendapati bahawa kedua-dua buku ini selari dengan permintaan KBSM dengan menepati ciri-ciri Huraian Sukatan Pelajaran KBSM. Selain daripada itu, kandungan bagi kedua-dua buku ini digunakan untuk kumpulan pelajar yang berlainan tahap penguasaan bahasa. Sebagai kesimpulan, Baby Steps sesuai untuk pelajar dengan tahap penguasaan bahasa yang rendah degan persembahan gambar yang cantik, manakala Exploring Literature sesuai untuk pelajar dengan tahap penguasaan bahasa yang tinggi di mana ia mengandungi banyak aktiviti yang mencabar dan menarik.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 06687
Subjects: Linguistics Education > Literature Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 01 Oct 2014 11:02
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/9837

Actions (login required)

View Item View Item