A Discourse Study Of Agreeing And Disagreeing Amongst Malaysian English Speaker

Kwon Mei Jun, Angela and Ahmad, Ummul Khair (2006) A Discourse Study Of Agreeing And Disagreeing Amongst Malaysian English Speaker. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Perlakuan pertuturan bersetuju dan tidak bersetuju merupakan pasangan dampingan yang biasa didapati ketika memberi dan menerima pendapat dalam konteks perbualan harian. Antara dua perlakuan pertuturan tersebut, perlakuan tidak bersetuju adalah perlakuan yang lebih berpotensi untuk menjatuhkan air muka seseorang. Objektif analisis wacana ini adalah untuk mengkaji strategi kesantunan berbahasa yang digunakan oleh penutur Bahasa Inggeris di Malaysia ketika dalam perbualan. Kajian ini juga bertujuan mengenal pasti realisasi linguistik dalam usaha penutur memelihara kehormatan air muka sesama sendiri. Sejumlah enam perbualan bersahaja selama tiga jam 25 minit antara 19 mahasiswa dan mahasiswi tempatan telah direkodkan dan ditranskripsi. 42 unit analisis atau episod kemudiannya dikenali dan dianalisis menggunakan prinsip kesantunan berbahasa yang dicadangkan oleh Brown dan Levinson (1983). Hasil kajian mendapati bahawa penutur Bahasa Inggeris dalam kajian ini lebih cenderung untuk bersetuju daripada tidak bersetuju. Hasil kajian juga mendapati bahawa mereka akan menggunakan strategi kesantunan bahasa pola negatif apabila mereka tidak bersetuju antara satu sama lain. Strategi kesantunan berbahasa pola negatif yang digunakan termasuklah penyisi, soalan, pengulangan dan cadangan. Kajian ini mendapati penutur lebih mengutamakan keharmonian perhubungan sesama sendiri daripada mendesak supaya pendapat mereka yang berbeza diterima.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 06686
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 01 Oct 2014 11:02
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/9836

Actions (login required)

View Item View Item