Pengenalpastian Jenis-jenis Masalah Di Kalangan Pelajar tingkatan Empat Dan Cara Mengatasi Masalah Pelajar. satu Kajian Kes Di Sekolah Menengah Kebangsaan, Skudai, johor.

Law, Seet Chan and Mustaffa, Mohamed Sharif (2006) Pengenalpastian Jenis-jenis Masalah Di Kalangan Pelajar tingkatan Empat Dan Cara Mengatasi Masalah Pelajar. satu Kajian Kes Di Sekolah Menengah Kebangsaan, Skudai, johor. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengenalpasti masalah pelajar berdasarkan 11 kategori yang telah ditentukan oleh senarai semak masalah Mooney (Mooney Problem Check List). Kajian ini juga menganalisa pandangan pelajar dalam mengatasi masalah yang dihadapi. Seramai 80 orang responden dipilih secara rawak daripada 99 orang pelajar tingkatan empat di salah sebuah Sekolah Menengah Taman Universiti, Skudai, Johor. Pelajar diminta menandakan masalah mereka berdasarkan senarai semak masalah Mooney (MPCL). Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan kaedah statistik deskriptif dan SPSS/PC+ (Statistical Package for Social Science 11.5). Nilai kebolehpercayaan alat kajian adalah α = .91. Hasil kajian ini mendapati bahawa kategori masalah utama yang dihadapi oleh pelajar ialah masalah keluarga dan rumahtangga, kesihatan dan fizikal dan akademik serta kerjaya. Beberapa kategori masalah lain didapati mengganggui pelajar, iaitu masalah kewangan dan kehidupan, sosial dan hiburan, hubungan sosial psikologikal, penyesuaian kerja, perkahwinan dan seks, psikologikal, moral dan agama serta kurikulum dan kaedah pengajaran. Pengkaji juga telah membuat soal selidik yang mengkaji tentang pandangan pelajar terhadap penyelesaian masalah mereka. Hasil kajian telah mencadangkan beberapa langkah untuk membantu pelajar mengatasi masalah yang dihadapi.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 06638
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 01 Oct 2014 11:01
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/9790

Actions (login required)

View Item View Item