Pembangunan Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (pbk) Bagi Tajuk Practice Science Bagi Mata Pelajaran Sains pra-sekolah

Md. Suhadi, Salihuddin and Sidek, Rosni Zamuddin Shah (2006) Pembangunan Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (pbk) Bagi Tajuk Practice Science Bagi Mata Pelajaran Sains pra-sekolah. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Tujuan utama pembangunan perisian ini adalah untuk menghasilkan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) dalam perisian multimedia pendidikan yang bertajuk Practice Science yang boleh digunakan dalam pembelajaran sains di peringkat pra-sekolah. Selain mempelajari sains, perisian ini juga memberi pendedahan awal tentang komputer kepada kanak-kanak. Lingkungan umur kanakkanak di sini ialah lingkungan empat hingga enam tahun. Pembangun cuba untuk mendedahkan aktiviti sains yang berlaku di sekeliling kanak-kanak dengan pendekatan simulasi, video dan audio bagi memupuk minat kanak-kanak mengetahui tentang sains dengan lebih mendalam di samping mengukuhkan pemahaman dengan cara yang menyeronokkan. PBK ini dibangunkan dengan menggunakan perisian Macromedia Authorware 6.5 sebagai perisian utama dan disokong oleh perisianperisian lain seperti Adobe Photoshop 7.0, Sound Forge 6.0 dan Swish 2.0. Diharapkan perisian ini dapat membantu kanak-kanak menguasai konsep sains praktikal yang selanjutnya dengan baik sebelum menjejakkan kaki ke alam persekolahan.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 06609
Subjects: Educational Technology > Computer Aided Learning
Educational Technology > ICT
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 01 Oct 2014 11:01
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/9762

Actions (login required)

View Item View Item