Penerapan Nilai-nilai Murni Oleh Guru Sejarah Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Mata Pelajaran Sejarah Satu Tinjauan Di Lima Buah Sekolah Menengah Zon Kluang Timur,di Kluang Johor

Kayon, Sorjana (2005) Penerapan Nilai-nilai Murni Oleh Guru Sejarah Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Mata Pelajaran Sejarah Satu Tinjauan Di Lima Buah Sekolah Menengah Zon Kluang Timur,di Kluang Johor. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini adalah bertujuan untuk meninjau sejauh mana penerapan nilai-nilai murni oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sejarah berdasarkan faktor seperti jantina,umur,pengalaman mengajar dan opsyen mengajar.Tumpuan kajian diberikan kepada kekerapan penerapan nilai-nilai murni yang terkandung dalam mata pelajaran Pendidikan Moral.Selain itu,kajian ini juga meninjau pendekatan pererapan nili-nilai murni dan masalah yang dihadapi oleh guru Sejarah semasa menerapkan nilai-nilai murni dalam pengajarab dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah.Instrumen yang digunakan adalah soal selidikyang ditadbir keatas 30 orang guru Sejarah yang mengajar dilima buah sekolah menengah Zon Kluang Timur,daerah Kluang,Johor.Data kajian dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 10.0 dan melibatkan kaedah statistik seperti peratusan,min,Ujian-t dan Anova.Hasil kajian mendapati guru-guru berkemampuan melaksanakan penerapan nilai-nilai murni di dalam pengajaran dan pembelajaran.Kajian ini mencadangkan agar guru-guru lebih bersikap positif untuk melaksanakan proses penerapan nilai-nilai murni disamping diberi pendedahan yang lebih luas terhadap penerapan nilai-nilai murni.Selain itu,sokongan daripada pihak-pihak atasan seperti Pengetua,Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri bagi memastikan pelaksanaan nilai-nilai murni berlaku sebagaimana yang dikehendaki oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 06534
Subjects: Religious and Moral Education > Moral Studies
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 01 Oct 2014 11:01
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/9702

Actions (login required)

View Item View Item