Persepsi Guru Terhadap Aspek Penyeliaan Pengajaran Dan Pembelajaran Satu Kajian Kes Di Sebuah Sekolah Menengah Agama. Johor.

Mohd Salleh, Salmi and Hushin, Hassan (2004) Persepsi Guru Terhadap Aspek Penyeliaan Pengajaran Dan Pembelajaran Satu Kajian Kes Di Sebuah Sekolah Menengah Agama. Johor. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Penyeliaan dilihat sebagai satu cabang pengurusan yang dipandang ringan oleh setengah-setengah pentadbir. Pelaksanaanya seolah-olah melepaskan batuk di tangga. Kajian ini dilaksanakan untuk meninjau persepsi guru-guru di sekolah Menengah Agama Johor (SMAJ) terhadap penyeliaan pengajaran dan pembelajaran. Dengan menggunakan temubual berstruktur ke atas sembilan orang guru, maklum balas diperolehi untuk mengetahui persepsi guru, bentuk bantuan terus yang diperlukan dan aspek peningkatan profesionalisme yang diperlukan oleh guru-guru di SMAJ. Hasilnya satu instrumen prototaip yang dinamakan instrumen penyeliaan pengajaran dan pembelajaran (13p) telah berjaya dibangunkan. Kajian yang berbentuk kualitatif ini menggunakan pelbagai pendekatan iaitu temubual, analisis dokumen dan kajian perpustakaan. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa guru-guru merasa kurang selesa apabila diselia. Didapati bahawa guru-guru merasa kurang selesa apabila diselia. Didapati juga bahawa bantuan yang amat diperlukan dan sesuai di sini ialah bantuan terus dengan mencadangkan penyeliaan klinikal digunakan. Selain daripada itu, system sokongan yang lain juga diperlukan untuk peningkatan profesionalisme guru di sekolah ini. Cadangan-cadangan untuk kajian lanjutan disertakan untuk tujuan penambahbaikan.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 06360
Subjects: Evaluation and Assessment > Evaluation and Measurement
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 01 Oct 2014 11:00
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/9548

Actions (login required)

View Item View Item