Masalah Pembelajaran Pentaksiran Projek Bagi Mata Pelajaran Lukisan Kejuteraan Sijil Pelajaran Malaysia.

Hussin., Ishanuddin and Mukhari, Abd Wahid (2004) Masalah Pembelajaran Pentaksiran Projek Bagi Mata Pelajaran Lukisan Kejuteraan Sijil Pelajaran Malaysia. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Abstrak. Penguasaan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi dalam mengikuti sesuatu kurikulum diukur melalui satu proses dinamakan pentaksiran. Mulai SPM 2004, instrumen pentaksiran kertas 2 LK adalah berasaskan pendekatan autentik dari tugasan projek yang diberikan kepada pelajar. Berbagai faktor mempengaruhi hasil lukisan tugasan projek yang dijadikan bukti (evidence) untuk pemeringkatan pembezaan (differentation) prestasi pelajar. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi dalam melaksanakan kaedah pentaksiran ini di samping mengenalpasti kesannya terhadap pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran Lukisan Kejuteraan. Seramai 180 responden orang guru dari sekolah Menengah Teknik, Sekolah menengah Sains, Sekolah menengah Kebangsaan Akademik dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama yang dipilih dari seluruh semenanjung Malaysia telah dijadikan sampel kajian ini. Instrumen soal selidik pada nilai Cronbach Alpha 0.92 telah digunakan untuk pengumpulan maklumat daripada responden. Data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan SPSS version 12.0 for windows. Analisis data berbentuk statistik deskriptif seperti kekerapan, min, peratusan dan pemeringkatan telah digunakan. Dapatan kajian telah mengenalpasti beberapa kelemahan dalam pelaksanaan kaedah pentaksiran ini antaranya, (i) penyediaan alatan dan kelengkapan komputer dengan perisian AutoCAD adalah tidak mencukupi, (ii) jangkamasa pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran mengikut pelaksanaan pentaksiran, (iii) guru memfokuskan pengajaran dan pembelajaran kearah item teaching, (iv) keaslian hasil tugasan projek pelajar adalah meragukan. Dengan itu boleh disimpulkan bahawa pentaksiran berasaskan pendekatan autentik tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya dan keadilan dan keberkesanan dalam peperiksaan dalam pentaksiran ini tidak dapat dicapai.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 06355
Subjects: Theory and Practice of Education > Learning Difficulties
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 01 Oct 2014 11:00
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/9543

Actions (login required)

View Item View Item