Keberkesanan Pelaksanaan Program Integrasi Bermasalah Pembelajaran (pibp) Di Sekolah Rendah Biasa, Negeri Johor : Berdasarkan Model Penilaian Kipp.

Sau Chen, Yeow and Buntat, Yahya (2004) Keberkesanan Pelaksanaan Program Integrasi Bermasalah Pembelajaran (pibp) Di Sekolah Rendah Biasa, Negeri Johor : Berdasarkan Model Penilaian Kipp. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Tujuan kajian ini ialah untuk menilai keberkesanan pelaksanaan program Integrasi Bermasalah Pembelajaran (PIBP) di sekolah rendah Biasa, Negeri Johor : Berdasarkan Model Penilaian KIPP (Konteks, Input, Proses dan Produk) oleh Stufflebeam 1971. dalam kajian ini keberkesanan pelaksanaan PIBP dinilai dari segi (1) dimensi konteks (kerelevanan objektif PIBP dengan falsafah pendidikan Khas, masalah semasa pelaksanaan PIBP; (2) dimensi input (keadaan fizikal daan suasana kelas, kemudahan dan kelengkapan pengajaran dan pengetahuan guru pendidikan khas, dan sokongan guru Besar, Ibu Bapa dan ahli Masyarakat; (3) dimensi proses (prinsip pengajaran dan pembelajaran PIBP, cara melaksanakan pengajaran dan strategi atau teknik pengajaran; (4) dimensi produk (Pencapaian Objektif kurikulum PIBP dan penguasaan Kemahiran dan pengetahuan dalam 5 bidang kurikulum PIBP). 200 orang guru pendidikan khas dari status enam puluh buah sekolah rendah negeri Johor telah menjadi sampel kajian ini. Penyelidik telah menggunakan soalselidik sebagai instrumen untuk mendapatkan data kajian. Kebolehpercayaan soalselidik berdasarkan kepada dimensi yang terdapat dalam model KIPP ialah melebihi 0.75 statistik deskriptif seperti frekuensi, peratusan, min dan sisihan piawai digunakan untuk tujuan kajian ini. Penemuan kajian ini dari segi dimensi konteks menunjukkan keputusan yang diperolehi daripada masalah pelaksanaan PIBP adalah tidak berkesan kerana menghadapi pelbagai kekangan. Walaubagaimanapun dari segi kerelevanan objektif PIBP dengan falsafah pendidikan khas menunjukkan keberkesanan. Dari segi input, didapati secara keseluruhan adalah berada pada tahap keberkesanan yang memuaskan. Dari segi dimensi proses, didapati prinsip dan cara melaksanakan pengajaran dan pembelajaran adalah berkesan, tetapi dari segi atau teknik pengajaran pula menunjukkan keberkesanan yang memuaskan. Akhir sekali dari segi produk didapati pencapaian objektif PIBP keberkesanan penguasaan kemahiran dan pengetahuan dalam 5 bidang kurikulum PIBP keberkesanan secara keseluruhan adalah berada pada tahap sederhana. Di akhir kajian, penyelidik telah memeberikan satu laporan yang lengkap mengenai pelaksanaan PIBP di sekolah rendah negeri Johor, agar keberkesananketika pelaksanaan PIBP dikenal pasti dan disiasat untuk memikirkan tindakan penyelesaian yang munasabah agar peluang untuk memperbaiki kekurangan atau kesilapan dapat dikesan dan diperlukan dari awal sebelum ia berterusan.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 06349
Subjects: Theory and Practice of Education > Learning Difficulties
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 01 Oct 2014 11:00
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/9537

Actions (login required)

View Item View Item