Penilaian Terhadap Keberkesanan Program-program Di Sekolah Henry Gurney Dan Sekolah Tunas Bakti.

Kiaw Geok, Yow and Yahaya, Azizi (2004) Penilaian Terhadap Keberkesanan Program-program Di Sekolah Henry Gurney Dan Sekolah Tunas Bakti. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan pelaksanaan program yang dijalankan di sekolah Henry Gurney Teluk Mas, Sekolah Henry Gurney Batu Gajah dan Sekolah Tunas Bakti Sungai Besi. Di pusat pemulihan ini, pelatih-pelatih yang terlibat akan menjalani program pemulihan yang bertujuan untuk memberi bimbingan dan pendedahan kepada mereka sebagai persediaan untuk kembali ke pangkuan Masyarakat. Instrumen kajian ialah soal selidik dan temubual. Soal selidik yang digunakan ini diubah suai dari kajian Azizi (1999). Sementara temubual dijalankan bagi memastikan pendapat-pendapat pegawai dan pelatih di pusat ini dapat memantapkan dapatan kajian ini. Kebolehpercayaan soal selidik diuji dengan menggunakan kaedah Cronbach Alpha di mana nilai keseluruhan ialah 0.91. nilai Aplha untuk program akademik, Vokasional, Ko-kurikulum, keagamaan dan bimbingan dan kaunseling ialah 0.91, 0.89, 0.91, 0.92 dan 0.92 mengikut urutan. Data dianalisis dengan menggunakan kaedah statistik peratusan, min dan sisihan piawai untuk menunjukkan latar belakang responden kajian dan keberkesanan piawai program. Kajian ini dilakukan ke atas 184 orang responden yang dipilih secara rawak mudah. Pembolehubah yang digunakan dalam kajian ini ialah program akademik, Vokasional, Ko-kurikulum, keagamaan serta bimbingan dan Kaunseling. Analisis dapatan kajian yang menggunakan program SPSS menunjukkan program Vokasional, keagamaan dan Bimbingan dan Kaunseling adalah kurang berkesan. Sementara program Akademik dan Ko-Kurikulum yang dijalankan adalah berkesan. Ujian t digunakan untuk menguji hipotesis. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaanyang signifikan di antara program akademik di Sekolah Hnery Gurney dan Sekolah Tunas Bakti. Terdapat perbezaan yang signifikan di antara program Vokasional, Ko-Kurikulum, keagamaan serta Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah Hnery Gurney dan Sekolah Tunas Bakti.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 06348
Subjects: Evaluation and Assessment > Evaluation and Measurement
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 01 Oct 2014 11:00
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/9536

Actions (login required)

View Item View Item