Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pemilihan Bidang Kejuteraan Oleh Pelajar Wanita Tahun Empat Di Universiti Teknologi Malaysia Skudai, Johor Bahru, Johor.

Harun, Abu Bakar (2005) Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pemilihan Bidang Kejuteraan Oleh Pelajar Wanita Tahun Empat Di Universiti Teknologi Malaysia Skudai, Johor Bahru, Johor. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kejuteraan merupakan bidang teknikal yang menyentuh punca semulajadi alam seperti tanah, air dan persekitaran. Jelasnya bidang ini terlibat dalam proses merancang, mereka bentuk dan mengawal kerja-kerja pembinaan berkaitan kejuteraan. Bidang kejuteraan ini memerlukan seseorang yang mempunyai sikap yang positif terhadap kerjanya dan wanita dalam bidang kejuteraan tidak ada bezanya. Oleh itu kajian ini bertujuan untuk melihat adakah faktor keluarga, guru, kerjaya persekitaran, keupayaan diri mempengaruhi wanita menceburi bidang kejuteraan ini. Kajian berbentuk diskriptif ini dijalankan ke atas pelajar wanita tahun empat sessi 1999 / 2000 dilima bidang kejuteraan di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor Bahru. Maklumat data diperoelhi dengan menggunakan soal selidik dan analisa data menggunakan SPSSx versi 7.5. Dapatan kajian adalah dalam bentuk kekerapan dan peratusan. Analisa data menunjukkan faktor-faktor yang dinyatakan mempengaruhi pemilihan pelajar wanita dengan peratus penerimaan tertinggi terhadap faktor keupayaan diri, diikuti faktor kerjaya, faktor diri, diikuti faktor kerjaya, faktor guru, faktor keluarga, dan faktor persekitaran. Dapatan kajian menunjukkan pelajar wanita mempunyai keyakinan yang tertinggi terhadap bidang kejuteraan untuk dijadikan sebagai kerjaya mereka dimasa hadapan. Kesimpulan dari kajian ini menunjukkan, pelajar wanita perlu galakkan dan bimbingan ke arah bidang ini sekiranya ibu bapa, guru dan kerajaan mahukan mereka terlibat sepenuhnya di dalam bidang kejuteraan.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 06335
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 01 Oct 2014 11:00
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/9524

Actions (login required)

View Item View Item