Penguasaan Aspek Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif Di Dalam Mata Pelajaran Sains Kbsm Di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat Di Daerah Kuala Langat

Kasiran, Nooraishah and Sulaiman, Seth (2004) Penguasaan Aspek Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif Di Dalam Mata Pelajaran Sains Kbsm Di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat Di Daerah Kuala Langat. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau tahap penguasaan aspek KBKK di kalangan pelajar Tingkatan 4 di dalam mata pelajaran Sains. Kajian dilakukan di 3 buah Sekolah Menengah di Daerah Kuala Langat, Selangor. Instrumen kajian ini ialah soalan ujian pengesanan yang diberikan kepada 100 orang pelajar dari 3 buah sekolah Menengah di Daerah Kuala Langat Data yang diperolehi dianalisis dengan berbantukan komputer dengan menggunakan perisian SPSS Statistical Package For Social Sciene ( SPSS ). Hasil kajian telah ditunjukkan dalam bentuk min, sisihan piawai, peratusan, frekuensi dan ujian t. Hasil kajian telah menunjukkan bahawa pelajar mempunyai tahap penguasaan yang paling baik pada aspek membuat inferens sedangkan aspek menghubungkait berada pada kedudukan yang paling rendah. Selain itu, tahap penguasaan pelajar pada setiap aspek KBKK dibahagikan kepada lima tahap iaitu tahap cemerlang, tahap baik, tahap sederhana , tahap lemah dan tahap sangat lemah. Kajian ini menunjukkan bahawa penguasaan pelajar adalah sederhana pada semua aspek KBKK yang dikaji iaitu mencirikan, menilai, menganalisis, menjana idea, menghubungkait dan membuat inferens. Seterusnya, hasil kajian menunjukkan bahawa wujudnya perbezaan yang signifikan antara min lelaki dan perempuan hanya pada aspek menganalisis sahaja. Manakala pada lima aspek yang lain tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara jantina lelaki dan perempuan.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 06293
Subjects: Social Aspects of Education > Generic Skills
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 01 Oct 2014 11:00
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/9482

Actions (login required)

View Item View Item