Menguji Keberkesanan Rekabentuk Papan Anjal elektronik Dalam Aktiviti Plyometrik

Tan, So Lim and Omar, Abdul Hafidz (2004) Menguji Keberkesanan Rekabentuk Papan Anjal elektronik Dalam Aktiviti Plyometrik. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian ini adalah bertujuan untuk menguji keberkesanan rekacipta papan anjal elektronik dalam aktiviti plyometrik dan membuat perbandingan keputusan di antara ujian pra dan ujian pos menggunakan alat papan anjal yang telah ditingkatkan fungsinya dengan pengesan daya elektronik oleh Pasukan Atlit Taekwondo Universiti Teknologi Malaysia. Kajian soal selidik juga dijalankan untuk melihat perspektif pelajar mengenai alat papan anjal elektronik ini. Kajian eksperimental dijalankan di Kolej Tun Fatimah di mana 20 atlit Taekwondo pasukan UTM, yang cergas berumur di antara 21-24 tahun, telah dipilih sebagai sampel kajian ini, manakala kajian soal selidik bertempat di Makmal Sains Sukan di mana 40 pelajar kursus Sains Sukan Tahun Empat dan 20 atlit Taekwondo pasukan UTM dijadikan sampel. Ujian Penganalisaan Daya telah digunakan untuk mengukur samada terdapat pengurangan kadar daya pendaratan selepas menjalani latihan plyometrik menggunakan papan anjal. Kajian ini telah berlangsung selama 6 minggu. Data mentah telah dianalisa dengan menggunakan SPSS 10.0. Hipotesis dalam kajian ini diuji mengikut penganalisaan secara statik yang melibatkan ujian-T. Daripada analisis ujian-T didapati kadar pengurangan daya pendaratan menunjukkan perbezaan yang signifikan antara ujian pra dan ujian pos selepas menjalani latihan plyometrik menggunakan papan anjal elektronik. Hasil kajian mencadangkan, atlit yang menjalani latihan plyometrik menggunakan alat papan anjal pengesan daya elektronik dapat mengurangkan daya pendaratan dan mengurangkan risiko mendapat kecederaan.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 06246
Subjects: Sport Science Education > Sport Science Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 01 Oct 2014 11:00
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/9435

Actions (login required)

View Item View Item