Satu Kajian Terhadap Prestasi Pemain Bola Sepak Johor setelah Menjalani Pembedahan Lutut

Shanmukam, Verinica Rajes and Mohd Nor, Mohad Anizu (2004) Satu Kajian Terhadap Prestasi Pemain Bola Sepak Johor setelah Menjalani Pembedahan Lutut. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Bola sepak merupakan salah satu permaian yang terkenal bukan sahaja di Malaysian tetapi juga di dunia. Kecederaan sering berlaku dalam kebanyakkan sukan. Bola sepak merupakan sejenis permainan yang berbentuk sentuhan. Kecederaan berlaku tanpa disedari ataupun melalui kemalangan. Permainan bola sepak mencatatkan kadar kecederaan yang tertinggi di bahagian lutut. Kebiasaanya kecederaan lutut yang melibatkan ligamen, tendon dan patella akan membawa ke pembedahan. Terdapat banyak faktor yang menyebabkan berlakunya kecederaan lutut semasa bermain. Kajian ini adalah bertujuan untuk meninjau sejauh manakah rawatan moden yakni cara pembedahan boleh mempengaruhi prestasi pemain Bola Sepak Johor. Seramai 3 pemain Bola Sepak Johor yang pernah menjalani pembedahan meniscal repair di bahagian lutut dan masih giat bermain dipilih. Sampel yang terlibat adalah berusia dalam lingkungan 19-26 tahun. Dua jenis ujian telah dijalankan ke atas sampel iaitu Ujian Pra dan Ujian Pos. Kedua-dua ujian ini dijalankan dengan menggunakan Bench Step Test . Data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 11.5. Hasil penyelidikan menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan sinifikan terhadap prestasi pemain Bola Sepak Johor sebelum dan selepas menjalani pembedahan lutut berdasarkan nilai-t yang diperolehi. Jika rawatan pemulihan dilakukan dengan teratur dan baik, maka atlit dapat beraksi dengan baik seperti sediakala. Secara kesimpulannya, tidak terdapat perbezaan terhadap prestasi pemain bola sepak sebelum dan selepas pembedahan lutut.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 06242
Subjects: Sport Science Education > Sport Science Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 01 Oct 2014 11:00
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/9431

Actions (login required)

View Item View Item