Pembangunan Perisian Pengajaran Berbantu Komputer (pbk) Bertajuk Cerun Bagi Mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam (pka) Tingkatan Empat

Rakkata, Sainuddin and Kayat, Md Yusup (2004) Pembangunan Perisian Pengajaran Berbantu Komputer (pbk) Bertajuk Cerun Bagi Mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam (pka) Tingkatan Empat. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Bidang pendidikan telah berkembang maju seiring dengan kepesatan pembangunan negara. Sejajar dengan itu, pelbagai kaedah dan pendekatan telah dipekenalkan dari semasa ke semasa bagi memastikan sistem pendidikan kita terus maju setaraf dengan pendidikan di negara-negara maju. Hasilnya maka wujudlah sekolah bestari yang dilengkapi dengan kemudahan perkakasan teknologi maklumat (IT) dan multimedia di mana penekanan diberikan dalam bidang pengajaran dan pembelajaran berasaskan komputer. Namun begitu timbul masalah kerana kekurangan perisian pembelajaran di pasaran tempatan, lebih-lebih lagi perisian yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Justeru itu kerajaan menerusi Kementerian Pendidikan telah menggalakkan pembinaan perisian untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Bagi menyahut seruan tersebut, projek ini bertujuan membangunkan sebuah perisian pembelajaran berbantu komputer (PBK) bertajuk Cerun bagi mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam (PKA) tingkatan empat. Perisian ini membincangkan tentang jenis-jenis cerun, mod kegagalan cerun, faktor kestabilan cerun dan kaedah-kaedah yang digunakan dalam menstabilkan cerun. Perisian ini dibangunkan dengan menggunakan perisian bahasa gubahan, iaitu Macromedia Authorware 6.0 sebagai perisian pengarangan utama, dengan dibantu oleh perisian sokongan lain seperti Adobe Photoshop 7, Adobe ImageStyler 1.0, VCD Cutter 4.0 dan Cowon Jet-Audio. Gabungan perisian ini telah menghasilkan sebuah perisian PBK yang mengandungi kombinasi unsur-unsur teks, grafik, audio dan animasi yang dapat menarik perhatian pengguna perisian.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 06224
Subjects: Educational Technology > Computer Aided Learning
Educational Technology > ICT
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 01 Oct 2014 11:00
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/9413

Actions (login required)

View Item View Item