Profil Perbezaan Prestasi Fizikal Atlit Taekwon-do (itf) antara Senior Dan Junior Negeri Johor

Md Arif, Suzana and Mohd Nor, Mohad Anizu (2004) Profil Perbezaan Prestasi Fizikal Atlit Taekwon-do (itf) antara Senior Dan Junior Negeri Johor. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Seni mempertahankan diri Taekwon-Do yang berasal dari Negara Korea adalah contoh yang sesuai bg menglobalisasikan sosio-budaya masyarakat dunia. Di Malaysia taekwon-do mula diperkenalkan pada tahun 1962 oleh pengasasnya sendiri General Choi Hong Hi. Prestasi sukan ini semakin menarik perhatian masyarakat pada hari ini. Pencapaian tali calit tali pinggang turut menjadi satu perlumbaan dalam bidang ini. Persoalannya sejauh mana prestasi sukan dari sudut sains sukan yang mementingkan kajian saintifik terhadap pencapaian prestasi fizikal? Oleh itu kajian ini merupakan jawapan sebenar dengan terbentuknya profil perbezaan prestasi fizikal atlit senior dan junior bagi sukan taekwon-do (ITF) Negeri Johor 2003. Kajian berbentuk eksperimental ini telah dilaksanakan terhadap 20 atlit Negeri Johor yang bertanding di peringkat kebangsaan, pada tahun 2003. Subjek adalah teridiri dari 2 kategori senior dan junior yang mempunyai lingkungan umur 13 hingga 18 tahun bagi junior, 19 hingga 25 tahun untuk kategori senior.Kesemua subjek adalah lelaki. Terdapat lima ujian kecergasan yang dijalankan oleh setiap subjek bagi tujuan mengukur komponen kecergasan fizikal tertentu iaitu jangkauan melunjur untuk ujian bagi fleksibiliti, ujian bangun tubi bagi ketahanan otot bahagian atas badan, bagi ujian kekuatan kaki, ujian vertical jump, untuk mengetahui tahap keseimbangan badan digunakan ujian berdiri satu kaki. Manakala ujian 6 second dash adalah untuk menguji kelajuan subjek. Data mentah yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan SPSS 11.5. Ujian-t digunakan untuk mendapatkan perbandingan antara prestasi fizikal senior dan junior. Dapatan kajian yang didapati adalah terdapat perbezaan yang tidak ketara antara prestasi senior dan junior melalui bacaan data secara deskriptif manakala terdapat perbezaan yang signifikan terhadap semua ujian yang dijalankan. Rumusannya,kajian ini mendapati bahawa atlit senior menunjukkan prestasi kecergasan fizikal yang lebih baik berbanding junior bagi atlit taekwon-do (ITF) Negeri Johor 2003.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 06202
Subjects: Sport Science Education > Sport Science Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 01 Oct 2014 11:00
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/9391

Actions (login required)

View Item View Item