Masalah Pembelajaran Dalam Memahami Konsep Jirim Dan larutan Bagi Pelajar-pelajar Tingkatan Dua Dan Empat Di sekolah Menengah Kebangsaan Perlis

Lim, Yen Wei and Nordin, Aziz (2004) Masalah Pembelajaran Dalam Memahami Konsep Jirim Dan larutan Bagi Pelajar-pelajar Tingkatan Dua Dan Empat Di sekolah Menengah Kebangsaan Perlis. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti masalah pembelajaran pelajar-pelajar Tingkatan Dua dan Empat dalam memahami konsep jirim dan larutan. Sebuah sekolah menengah di Kangar, Perlis dipilih bagi tujuan kajian ini. Sampel sejumlah 80 orang pelajar yang terdiri daripada pelbagai kaum dan jantina yang dipilih daripada satu kelas Tingkatan Dua dan satu kelas Tingkatan Empat aliran sains yang memiliki tahap akademik yang sederhana. Kajian ini merupakan suatu penyelidikan yang berbentuk deskriptif. Penyelidikan telah dijalankan dengan menggunakan kaedah soal selidik dan aktiviti POE (Predict-Observe-Explain) untuk mengesan pemahaman dan menyiasat idea alternatif pelajar. Selepas pelajar menjawab soal selidik, pelajar dikehendaki menjalankan amali untuk menjawab soalan-soalan amali yang berkaitan dengan larutan. Data-data yang telah diperolehi dianalisis berbantukan komputer menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) versi 10.0 dan Mikrosoft Excel 2000. Kajian menunjukkan pelajar secara umumnya mempunyai konsep alternatif mengenai jirim dan larutan. Perbincangan konsep alternatif ini dilaporkan mengikut tajuk-tajuk kecil yang berkaitan dengan implikasi dapatan dalam pengajaran yang dibincangkan. Kajian juga menunjukkan perbezaan antara golongan pencapaian tinggi dan pencapaian rendah dalam menguasai konsep jirim dan larutan. Beberapa cadangan telah dikemukakan dan diharap dijadikan panduan kepada pelajar dan guru untuk mengambil alternatif terbaik bagi mengatasi masalah pembelajaran dalam memahami konsep jirim dan larutan.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 06200
Subjects: Theory and Practice of Education > Learning Difficulties
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 01 Oct 2014 11:00
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/9389

Actions (login required)

View Item View Item