Membangunkan Modul Perisian Alat Bantu Mengajar (abm) bertajuk Kesan Rumah Hijau Dan Penipisan Lapisan Ozon Bagi mata Pelajaran Biologi Kbsm tingkatan Empat

Kholitiza, Norhaliza and Hassan, Arbaat (2004) Membangunkan Modul Perisian Alat Bantu Mengajar (abm) bertajuk Kesan Rumah Hijau Dan Penipisan Lapisan Ozon Bagi mata Pelajaran Biologi Kbsm tingkatan Empat. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Perkembangan Sains dan Teknologi yang berlaku telah menyebabkan terciptanya pelbagai peralatan canggih untuk kemudahan hidup manusia dan salah satunya ialah komputer. Negara kita turut tidak ketinggalan dalam mengaplikasikan penggunaan komputer dalam bidang pendidikan. Bidang pendidikan di negara kita sudah mula diterapkan dengan penggunaan komputer dan hal ini penting sebagai satu anjakan paradigma supaya perkembangan sistem pendidikan negara selaras dengan perkembangan sains dan teknologi. Jika kita lihat di pasaran hari ini, pelbagai jenis perisian pendidikan dijual tetapi malangnya kebanyakan daripada perisian tersebut adalah dalam Bahasa Inggeris dan amat sedikit dalam Bahasa Malaysia. Oleh itu, perisian ini yang bertajuk Kesan Rumah Hijau dan Penipisan Lapisan Ozon telah dibangunkan bertujuan untuk menambahkan lagi jumlah perisian dalam Bahasa Malaysia di pasaran dan mengubah corak pengajaran sehala guru-guru di sekolah kepada satu corak pengajaran dua hala yang lebih aktif. Perisian ini di bina khas untuk para pelajar Tingkatan 4 yang mengambil mata pelajaran Biologi KBSM menggunakan Microsoft Power Point XP sebagai perisian utama dan gabungan beberapa perisian yang lain iaitu Adobe Photoshop 7.0, Ulead Cool 3D 3.5, Sonic Foundry Sound Forge 6.0, Ulead Gif Animator 5.0 dan Herosoft DVD 2.0, 2000. Dengan adanya perisian ini, diharapkan proses pengajaran para guru untuk menjelaskan konsep pengajaran yang abstrak seterusnya mewujudkan satu sesi pengajaran dua hala yang aktif tercapai.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 06167
Subjects: Educational Technology > Instructional Technology
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 01 Oct 2014 11:00
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/9356

Actions (login required)

View Item View Item