Pembangunan Modul Alat Bantu Mengajar (abm) berasaskan Komputer Bagi Sub Tajuk pertumbuhan Tumbuhan, Biologi Kbsm tingkatan Lima

Berdu, Zulaiha and Hassan, Arbaat (2004) Pembangunan Modul Alat Bantu Mengajar (abm) berasaskan Komputer Bagi Sub Tajuk pertumbuhan Tumbuhan, Biologi Kbsm tingkatan Lima. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Pembelajaran menggunakan Modul Perisian Alat Bantu Mengajar berkomputer merupakan satu kaedah pengajaran yang digalakkan di sekolah. Namun begitu, keperluannya bagi merealisasikan sekolah bestari yang mula beroperasi akhir 1998 ini merupakan sesuatu yang amat penting kerana Sekolah Bestari merupakan sekolah yang sepenuhnya menggunakan pengajaran yang berkonsepkan Modul Perisian Alat Bantu Mengajar. Kekurangan Modul Perisian Alat Bantu Mengajar merupakan sesuatu yang perlu diambil berat oleh semua orang. Menyedari tentang masalah ini, projek mereka bentuk sebuah perisian multimedia telah dihasilkan. Projek ini bertujuan mereka bentuk sebuah perisian multimedia bagi mata pelajaran Biologi Tingkatan Lima yang bertajuk Pertumbuhan Tumbuhan . Modul ABM ini dibangunkan untuk menghasilkan perisian supaya dapat digunakan di sekolah. Tugas mereka bentuk diberikan perhatian khusus terlebih dahulu sebelum aktiviti pembangunan perisian supaya kualiti dapat dijamin. Dalam mereka bentuk Modul Perisian Alat Bantu Mengajar multimedia ini, ketujuh-tujuh elemen multimedia iaitu teks, audio, video grafik, animasi, grafik dan interaktif telah di gabungkan mengikut prinsip reka bentuk. Elemen-elemen ini telah di gabungkan dengan baik supaya kaedah pengajaran dan pembelajaran yang biasa tidak dijalankan lagi. Penilaian yang menguji tahap pembelajaran seseorang pelajar juga turut disediakan dalam mereka bentuk perisian ini.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 06159
Subjects: Educational Technology > Computer Aided Learning
Science Education > Science Education
Educational Technology > ICT
Educational Technology > Instructional Technology
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 01 Oct 2014 11:00
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/9348

Actions (login required)

View Item View Item