Tinjauan Terhadap Punca Fenomena Ponteng Dan Kesannya Terhadap Pelajar-pelajar Tingkatan Empat Sekolah menengah Kebangsaan Padang Tengku, kuala Lipis, Pahang

Mat Husin, Noor Azam and Hashim, Abu Bakar (2004) Tinjauan Terhadap Punca Fenomena Ponteng Dan Kesannya Terhadap Pelajar-pelajar Tingkatan Empat Sekolah menengah Kebangsaan Padang Tengku, kuala Lipis, Pahang. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian berbentuk tinjauan ini bertujuan untuk mengenal pasti punca fenomena ponteng dan kesannya ke atas pelajar-pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan Pandang Tengku, Kuala Lipis, Pahang. Responden kajian terdiri daripada 52 orang pelajar Tingkatan Empat yang dikenal pasti terlibat dalam kes salah laku ponteng. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini berbentuk soal selidik. Kebolehpercayaan soal selidik ialah 0.8474. Dapatan kajian di analisis dengan menggunakan perisian Statistical Packages For Social Sciences (SPSS). Hasil analisis data diterangkan dalam bentuk peratusan, kekerapan dan min. Dapatan kajian menunjukkan pelajar ponteng kerana berpunca daripada faktor pengaruh rakan sebaya dan faktor sikap. Pelajar-pelajar terbabit juga didapati terlibat dengan aktiviti menipu ibu bapa dan guru, merokok dan budaya melepak. Penglibatan semua pihak termasuk sekolah, ibu bapa dan masyarakat perlu untuk menangani fenomena yang tidak sihat ini daripada terus berlarutan.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 06114
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 01 Oct 2014 10:59
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/9303

Actions (login required)

View Item View Item