Perisian Pembelajaran Berbantu Komputer mata Pelajaran Pengajian Kejuruteraan Elektrik Dan elektronik (pengenalan)

Yaakop, Muhammad Elham and Idris, Abdul Razak (2004) Perisian Pembelajaran Berbantu Komputer mata Pelajaran Pengajian Kejuruteraan Elektrik Dan elektronik (pengenalan). Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kerajaan menggariskan matlamat utama dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan teknologi berkomputer termasuk membolehkan pelajar mendalami dan memahami bidang pengkomputeran itu secara lebih berkesan, sekali gus dimanfaatkan untuk pembangunan serta kemajuan negara. Pelaksanaan PBK (Pembelajaran Berbantu Komputer) sebagai alat pembelajaran mengharapkan rakyat Malaysia berupaya menangani cabaran serta persaingan global dengan penuh yakin, berilmu pengetahuan dan memiliki kemahiran. Kita dihidangkan dengan pelbagai teknologi pendidikan daripada penggunaan OHP hinggalah kepada penggunaan perisian komputer interaktif. Oleh itu projek ini difokuskan pada pembangunan dan perisian PBK untuk kegunaan pelajar sekolah menengah teknik tingkatan empat yang mengambil mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik. Perisian ini dibangunkan dengan hasil gabungan elemen-elemen multimedia yang berupaya menarik minat pelajar untuk mengikuti pembelajaran. Dengan perisian ini teknik pembelajaran dapat dipelbagaikan dan pembelajaran akan lebih berkesan.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 06103
Subjects: Educational Technology > ICT
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 01 Oct 2014 10:59
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/9292

Actions (login required)

View Item View Item