Meninjau Tahap Pencapaian Kemahiran Proses Sains Bersepadu Di Kalangan Pelajar Kaum Iban Tingkatan Empat Di Empat Buah Sekolah Menengah Di Bahagian Sri Aman, Sarawak

Goh, Kau Hong and Bakar, Md Nor (2004) Meninjau Tahap Pencapaian Kemahiran Proses Sains Bersepadu Di Kalangan Pelajar Kaum Iban Tingkatan Empat Di Empat Buah Sekolah Menengah Di Bahagian Sri Aman, Sarawak. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti tahap pencapaian kemahiran proses sains di kalangan pelajar sekolah menengah di Sri Aman, Sarawak. Lima aspek kemahiran proses sains bersepadu telah diuji iaitu mengawal pemboleh ubah, membuat hipotesis, mendefinisi secara operasi, mereka bentuk kajian (mengeksperimen) dan mentaksir maklumat. Seramai 143 pelajar kaum Iban tingkatan empat telah dipilih dari empat buah sekolah. Instrumen yang digunakan untuk menguji tahap pencapaian kemahiran proses sains dalam kajian ini adalah Ujian Kemahiran Proses Sains Bersepadu yang terdiri daripada 36 item. Kajian ini menggunakan instrumen yang diubahsuai oleh Zurida Haji Ismail dan Ismail Jusoh daripada Test Of Integrated Process Skill (TIPS) yang dibangunkan oleh Burns, Okey dan Wise (1985) dan berbentuk aneka pilihan. Perisian Statistical Pakage For Social Science- versi 10 For Windows (SPSS) digunakan untuk menentukan tahap kebolehpercayaan dan analisis data. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap pencapaian kemahiran proses sains bersepadu keseluruhan ialah 39.44%. Dapatan kajian juga mendapati pencapaian responden perempuan lebih baik daripada responden lelaki. Responden yang penjaganya sebagai pengawai kerajaan/ swasta mempunyai tahap pencapaian yang paling baik. Manakala responden yang penjaga sebagai buruh adalah paling lemah. Kesimpulan yang boleh didapati melalui kajian ini menunjukkan bahawa tahap pencapaian pelajar Iban Tingkatan Empat di kawasan kajian adalah lemah.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 06016
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 01 Oct 2014 10:59
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/9205

Actions (login required)

View Item View Item