Pembangunan Perisian Berbantukan Komputer (pbk) bagi Topik Sistem Respirasi Luar Manusia dalam Matapelajaran Biologi Tingkatan 4

Chien-ee, Voon and Ismail, Zaleha (2004) Pembangunan Perisian Berbantukan Komputer (pbk) bagi Topik Sistem Respirasi Luar Manusia dalam Matapelajaran Biologi Tingkatan 4. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Dalam era ledakan maklumat ini, teknologi maklumat bukan sahaja telah menyumbang dalam bidang politik, ekonomi dan juga bidang sosial, malah, ia juga telah menduduki satu tempat yang penting dalam bidang pendidikan. Dalam bidang pendidikan, pengajaran dan pembelajaran menggunakan perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) merupakan salah satu kaedah yang semakin mendapat tempat di hati ramai guru dan juga pelajar. Ciri perisian PBK yang jauh lebih interaktif berbanding kaedah pengajaran dan pembelajaran tradisional seperti penggunaan buku teks membolehkan pelajar-pelajar mempelajari sesuatu isi pelajaran secara tidak linear, iaitu akses kendiri, kadar kendiri dan nilai kendiri. Tambahan pula, dengan bantuan animasi-animasi dalam perisian PBK, pelajar dapat memahami sesuatu konsep secara lebih konkrit lagi. Justeru itu, sebuah perisian PBK yang bertajuk Sistem Respirasi Luar Manusia telah dihasilkan. Isi kandungan perisian yang meliputi definisi Sistem Respirasi Luar Manusia, struktur-struktur dan fungsi-fungsi setiap organ respirasi dan Mekanisme Pernafasan dibina dengan merujuk kepada sukatan pelajaran Kementerian Pendidikan Malaysia. Isi perisian yang menggunakan Bahasa Inggeris ini juga ditambah pengayaan seperti bagaimana peparu berfungsi semasa batuk, sedu dan bersin. Akhir sekali, aktiviti permainan dalam perisian ini juga diharapkan dapat menarik minat lebih ramai pelajar untuk mempelajari tajuk ini.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 06013
Subjects: Educational Technology > Computer Aided Learning
Educational Technology > ICT
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 01 Oct 2014 10:59
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/9202

Actions (login required)

View Item View Item