Reka Cipta Alat Lari Ulang Alik 4 X 10 Meter Bagi Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (ukjk) Untuk Menguji Ketangkasan.

Wong, Ling Syu and Omar, Abdul Hafidz (2004) Reka Cipta Alat Lari Ulang Alik 4 X 10 Meter Bagi Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (ukjk) Untuk Menguji Ketangkasan. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian ini merupakan satu projek merekacipta Alat Lari Ulang Alik 4 X 10 Meter berelektronik untuk Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK). Alat Lari Ulang Alik 4 X 10 Meter berelektronik yang direka cipta oleh penyelidik digunakan untuk menguji ketangkasan seseorang. Alat ini mengunakan teknologi elekronik sensor untuk mengira tempoh masa dalam saat yang digunakan untuk menghabiskan larian ulang alik sejauh 10 meter sebanyak 4 kali. Objektif utama kajian ini adalah untuk melihat keberkesanan Alat Lari Ulang Alik 4 X 10 Meter berelektronik menguji ketangkasan atau reaksi tindak balas seseorang dalam UKJK. Selain daripada itu, penyelidik juga mendapatkan persepsi daripada pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan), Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor terhadap alat ini. Data-data daripada ujian ketangkasan dianalisis untuk membuat perbandingan. 10 orang subjek dipilih untuk menjalankan ujian ketangkasan. Data-data deskritif dikumpulkan melalui sesi menjawab borang soal selidik yang telah diedar dan dijawab oleh 100 orang responden. Mereka terdiri daripada pelajar-pelajar Sains Sukan Tahun 1, Tahun 3 dan Tahun 4. Sampel kajian adalah dipilih secara rawak kelompok. Data yang dianalisis menggunakan perisian Microsoft Excel berdasarkan kekerapan dan peratus. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Alat Lari Ulang Alik 4 X 10 Meter berelektronik berkesan untuk menguji ketangkasan seseorang dalam Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK). Alat yang direkacipta oleh penyelidik juga mendapat sambutan positif daripada pelajar-pelajar Sains Sukan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Dalam kajian ini juga akan dibincangkan tentang masalah-masalah yang dihadapi sepanjang penyelidikan ini dilaksanakan dan cadangan vii penyelidik turut dikemukakan bagi memperbaiki dan memantapkan lagi mutu hasil penyelidikan pada masa akan datang.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 05975
Subjects: Sport Science Education > Sport Science Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 01 Oct 2014 10:59
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/9164

Actions (login required)

View Item View Item