Analisis Tiga-dimensi Parameter Kinematik Teknik tendangan Frontkick Dalam Sukan Taekwondo

Syed Shiekh, Syarifah Fathynah and Omar, Abdul Hafidz (2004) Analisis Tiga-dimensi Parameter Kinematik Teknik tendangan Frontkick Dalam Sukan Taekwondo. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Analisis tiga-dimensi kinematik teknik tendangan frontkick dalam sukan taekwondo adalah satu kaedah mengkuantifikasikan data teknik lakuan bagi menganalisis prestasi lakuan kemahiran dalam sukan. Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan parameter kinematik teknik tendangan frontkick dalam sukan taekwondo serta membuat perbandingan hasil kajian di antara subjek terpilih. Subjek terdiri daripada dua atlit taekwondo iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan. Subjek menjalani eksperimen di tempat kajian dilakukan iaitu Makmal Unit Biomekanik Institut Sukan Negara, Bukit Jalil. Perisian Silicon Coach Pro-capture dan Ariel Performance Analysis System (APAS) digunakan bagi menganalisis data kajian ini. Analisis deskriptif bagi data mentah subjek dan analisis inferensi menerusi Ujian-t dijalankan bagi membuat perbandingan analisis parameter kinematik tendangan frontkick diantara subjek. Keputusan dapatan kajian menunjukkan bahawa Ho diterima kerana nilai kritikal berada di kawasan penerimaan hipotesis. Nilai kritikal untuk parameter sudut pada fasa persediaan adalah t = 3.418, parameter sudut pada fasa kontek adalah t = 0.144, parameter halaju pada fasa hayunan adalah t = -2.006 dan parameter halaju pada fasa kontek adalah t = -2.148. Sebagai kesimpulan, tidak terdapat perbezaan yang signifikan (P 0.05) di antara subjek lelaki dengan subjek perempuan.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 05966
Subjects: Sport Science Education > Sport Science Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 01 Oct 2014 10:59
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/9155

Actions (login required)

View Item View Item