Analisis Tiga Dimensi Kinematik Tendangan roundhouse kick Dalam Sukan Taekwondo

Woo, Mei Teng (2004) Analisis Tiga Dimensi Kinematik Tendangan roundhouse kick Dalam Sukan Taekwondo. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Analisis kinematik dalam kemahiran sukan adalah bertujuan untuk mengenalpasti pembolehubah yang mempengaruhi penguasaan, keberkesanan dan pengekalan sesuatu kemahiran. Analisis kinematik tiga dimensi tendangan Roundhouse kick dalam sukan Taekwondo adalah satu kaedah mengkuantifikasi data teknik pergerakan dan bertujuan membantu proses analisis pergerakan kemahiran. Objektif kajian ini adalah untuk mengkuantifikasi parameter kinematik dari segi halaju dan sudut kaki, buku lali, lutut, pelvis dan bahu teknik tendangan Roundhouse kick untuk subjek ini serta menghubungkaitkan parameter kinematik ini dengan ketinggian kontek. Subjek merupakan seorang atlit peringkat kebangsaan dan mendapat johan dalam pertandingan kebangsaan. Kajian ini dijalankan di makmal Biomekanik, Institusi Sukan Negara di Bukit Jalil, Kuala Lumpur dengan menggunakan kaedah penganalisis pergerakan. Tiga kamera video digital JVC 9800 yang merekod pergerakan pada tahap 50 hz digunakan bagi mengkuantifikasi data tendangan. Tiang kalibrasi khas digunakan untuk proses kalibrasi yang merangkumi kawasan 2.5 m panjang x 1.6 m lebar x 2.1m tinggi. Rakaman pergerakan akan dianalisis mengikut prosedur analisis video tiga dimensi dengan menggunakan Ariel Performance Analysis System(APAS). Proses digitasi dilakukan secara manual dan melibatkan 16 titik rujukan pada badan. Data 2 dimensi ditukarkan kepada 3 dimensi melalui kaedah Direct Linear Transformation (DLT) dan titik kordinit (X0, Y0, Z0) ditentukan. Butterworth digital filter(BDF) pada tahap 10 hz digunakan. Dapatan kajian ini untuk melihat min halaju maksima kaki dan buku lali adalah 15.01 m/s dan 11.79m/s sebelum fasa kontek. Min halaju maksima lutut, pelvis dan bahu adalah 7.94 m/s, 2.91 m/s dan1.96 m/s pada masa permulaan hayunan dan awal fasa hayunan. Min sudut maksima buku lali dan lutut adalah 148.21 dan 162.77 iaitu pada fasa kontek. Manakala min sudut minimum pelvis adalah 106.66 pada fasa kontek. Min ketinggian kontek adalah 1.35 meter.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 05963
Subjects: Sport Science Education > Sport Science Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 01 Oct 2014 10:59
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/9152

Actions (login required)

View Item View Item