Reka Cipta Alat Sit And Reach Berelektronik bagi Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (ukjk) untuk Menguji Fleksibiliti

Yong, Hong Then and Omar, Abdul Hafidz (2004) Reka Cipta Alat Sit And Reach Berelektronik bagi Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (ukjk) untuk Menguji Fleksibiliti. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian ini merupakan satu projek merekacipta Alat Sit And Reach Berelektronik untuk Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK). Alat Sit And Reach Berelektronik yang direka cipta oleh penyelidik digunakan untuk menguji fleksibiliti seseorang. Alat ini mengunakan teknologi elekronik sensor untuk mengesan jarak tolakan dalam ujian duduk jangkal. Objektif utama kajian ini adalah melihat keberkesanan Alat Sit And Reach Berelektronik menguji kelenturan dalam UKJK. Selain daripada itu, penyelidik juga mendapatkan persepsi pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan), Universiti Teknologi Malaysia terhadap alat ini. Data-data deskritif dikumpulkan menggunakan kaedah menjawab borang soal selidik yang telah dijawab oleh 100 responden. Mereka terdiri daripada pelajar Sains Sukan Tahun 1, Tahun 3 dan Tahun 4. Sampel kajian adalah dipilih secara rawak kelompok. Data yang dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) berdasarkan kekerapan dan peratus. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Alat Sit And Reach Berelektronik berkesan untuk menguji fleksibiliti seseorang dalam Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK). Alat yang direkacipta oleh penyelidik juga mendapat sambutan yang baik daripada pelajar-pelajar Sains Sukan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor Bahru. Dalam kajian ini juga akan dibincangkan tentang masalah-masalah yang dihadapi sepanjang penyelidikan ini dan cadangan penyelidik turut dikemukakan bagi memperbaiki dan memantapkan lagi mutu hasil penyelidikan pada masa akan datang.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 05961
Subjects: Sport Science Education > Sport Science Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 01 Oct 2014 10:59
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/9150

Actions (login required)

View Item View Item