Reka Cipta Alat Power Jump Bagi Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (ukjk) Untuk Menguji Kuasa Kaki.

Wee, Yinn Sheng (2004) Reka Cipta Alat Power Jump Bagi Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (ukjk) Untuk Menguji Kuasa Kaki. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian ini merupakan satu projek merekacipta alat Power Jump berelektronik untuk Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK). Alat Power Jump berelektronik yang direka cipta oleh penyelidik digunakan untuk menguji kuasa kaki seseorang. Alat ini mengunakan elekronik sensor untuk mengira jarak yang dilompat oleh seseorang dengan melakukan lompat jauh berdiri. Objektif utama kajian ini adalah untuk melihat keberkesanan alat Power Jump berelektronik membantu guru untuk melakukan ujian kecergasan dalam UKJK. Selain daripada itu, penyelidik juga mendapatkan persepsi daripada siswa serta siswi daripada Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan), Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor terhadap alat ini. 10 subjek dipilih untuk menjalankan ujian tanpa alat dan dengan menggunakan alat. Data-data deskritif dikumpulkan melalui sesi menjawab borang soal selidik yang telah diedar dan dijawab oleh 100 orang responden. Mereka terdiri daripada pelajar-pelajar Sains Sukan Tahun 1, Tahun 3 dan Tahun 4. Sampel kajian adalah dipilih secara rawak kelompok. Di samping itu, data dianalisis menggunakan perisian Microsoft Excel berdasarkan kekerapan dan peratus. Dapatan kajian menunjukkan bahawa alat Power Jump berelektronik berkesan untuk menguji kuasa kaki seseorang dalam Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK). Alat ini juga mendapat sambutan positif daripada semua responden. Dalam kajian ini juga akan dibincangkan tentang masalah-masalah yang dihadapi sepanjang penyelidikan ini dilaksanakan dan cadangan penyelidik turut dikemukakan bagi memperbaiki dan memantapkan lagi mutu hasil penyelidikan pada masa akan datang.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 05952
Subjects: Sport Science Education > Sport Science Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 01 Oct 2014 10:59
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/9141

Actions (login required)

View Item View Item