Reka Cipta Alat Step Up Berelektronik Bagi Ujian kecergasan Jasmani Kebangsaan (ukjk) Untuk Menguji Daya tahan Kardiovaskular

Tai, Chu Ping and Omar, Abdul Hafidz (2004) Reka Cipta Alat Step Up Berelektronik Bagi Ujian kecergasan Jasmani Kebangsaan (ukjk) Untuk Menguji Daya tahan Kardiovaskular. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian ini merupakan satu projek merekacipta Alat Step Up Berelektronik untuk Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK). Alat Step Up Berelektronik yang direka cipta oleh penyelidik digunakan untuk menguji daya tahan kardiovaskular seseorang. Alat ini menggunakan teknologi elekronik sensor untuk mengesan tekanan. Objektif utama kajian ini adalah melihat keberkesanan Alat Step Up Berelektronik untuk menguji daya tahan kardiovaskular dalam UKJK. Selain daripada itu, penyelidik juga mendapatkan persepsi pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan), Universiti Teknologi Malaysia terhadap alat ini. Namun begitu, sepuluh orang yang melibatkan dalam latihan step up dangan menggunakan tangga yang alat yang direka cipta. Data-data deskritif dikumpulkan menggunakan kaedah menjawab borang soal selidik yang telah dijawab oleh 90 responden. Mereka terdiri daripada pelajar Sains Sukan Tahun 1, Tahun 3 dan Tahun 4. Sampel kajian adalah dipilih secara rawak kelompok. Data yang dianalisis menggunakan perisian Mikrosoft Exel berdasarkan kekerapan dan peratus. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Alat Step Up Berelektronik berkesan untuk menguji daya tahan kardiovaskular seseorang dalam Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK). Alat yang direkacipta oleh penyelidik juga mendapat sambutan yang baik daripada pelajar-pelajar Sains Sukan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor Bahru. Dalam kajian ini juga akan dibincangkan tentang masalah-masalah yang dihadapi sepanjang penyelidikan ini dan cadangan penyelidik turut dikemukakan bagi memperbaiki dan memantapkan lagi mutu hasil penyelidikan pada masa akan datang.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 05950
Subjects: Sport Science Education > Sport Science Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 01 Oct 2014 10:59
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/9139

Actions (login required)

View Item View Item