Satu Tinjauan Ke Atas Peranan Kelab Bimbingan Dan kaunseling Di Sekolah Dalam Usaha Membantu pelajar-pelajar Memilih Bidang Kerjaya.

Hj. Mohd Zin, Hapsah and Buntat, Yahya (2004) Satu Tinjauan Ke Atas Peranan Kelab Bimbingan Dan kaunseling Di Sekolah Dalam Usaha Membantu pelajar-pelajar Memilih Bidang Kerjaya. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kelab Bimbingan dan Kaunseling merupakan kelab yang ditubuhkan di sekolah untuk membantu pelajar-pelajar yang memerlukan bimbingan . Antara matlamat kelab ini ialah membantu pelajar dalam menerokai bidang kerjaya. Justeru itu, tujuan kajian ini ialah untuk mengenalpasti adakah aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh kelab ini membantu pelajar mengenalpasti kerjaya mereka. Kajian ini juga mahu melihat adakah kaunselor memainkan peranannya dalam membantu pelajar menerokai bidang kerjaya. Kajian yang dijalankan ini merupakan satu tinjauan yang berbentuk diskriptif. . Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah soal selidik. Data-data yang diperolehi telah diproses menggunakan program SPSS. Kajian ini dijalankan di tiga buah sekolah menengah teknik iaitu Sek. Men. Teknik Kluang, Sek. Men. Teknik Batu Pahat dan Sek. Men. Teknik Muar dan melibatkan ahli kelab bimbingan dan kaunseling dari tingkatan empat dan lima aliran teknikal. Dapatan dari kajian ini menunjukkan kelab bimbingan dan kaunseling di tiga buah sekolah tersebut telah menjalankan aktiviti membantu ahlinya dalam pemilihan kerjaya. Terdapat cadangan-cadangan dari pengkaji untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan kelab ini.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 05917
Subjects: Guidance and Counseling > Counseling
Guidance and Counseling > Guidance and Counseling
Education and Development > Education and Development
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 01 Oct 2014 10:59
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/9106

Actions (login required)

View Item View Item