Satu Tinjauan Tentang Penggunaan Komputer Di Kalangan Guru-guru Di Sekolah Menengah Teknik Keningau di Negeri Sabah

, Michael and A Samah, Narina (2003) Satu Tinjauan Tentang Penggunaan Komputer Di Kalangan Guru-guru Di Sekolah Menengah Teknik Keningau di Negeri Sabah. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Penyelidikan ini bertujuan melihat faktor-faktor yang mempengaruhi sikap guruguru terhadap penggunaan komputer dalam profesion perguruan di Sekolah Menengah Teknik Keningau Sabah. Faktor-faktor yang dikaji ialah seperti faktor jantina, faktor latihan, faktor dorongan, faktor kemahiran dan faktor kemudahan komputer. Populasi seramai 200 orang dan sampel kajian seramai 112 orang yang mewakili keseluruhan populasi terlibat dalam penyelidikan ini. Sampel kajian terdiri daripada guru-guru yang mengajar di sekolah Menengah Teknik Keningau Sabah sahaja. Data prima yang dikumpul dengan menggunakan instrument soal selidik dan dianalisis dengan komputer menggunakan perisian Statistical Package of the Sosial Sciences (SPSS). Penganalisisan dibuat secara kaedah statistik deskriptif iaitu dalam bentuk kekerapan, peratus dan min. Hasil dapatan dari penyelidikan ini menunjukkan bahawa faktor latihan, faktor kemahiran dan faktor kemudahan komputer menyumbang kepada sikap guru terhadap penggunaan komputer. Didapati guru-guru juga mempunyai kemahiran dari aspek pengetahuan dan penggunaan, tetapi tidak mempunyai kemahiran dari segi pembinaan perisian. Dapatan ini penting kepada pihak pentadbiran sekolah khususnya Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sendiri dalam membuat perancangan strategik aspek pembangunan sumber manusia khususnya latihan dan aspek pembangunan prasarana sekolah termasuk kemudahan komputer.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 05835
Subjects: Educational Technology > Instructional Technology
Educational Technology > ICT
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 01 Oct 2014 10:58
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/9024

Actions (login required)

View Item View Item