Faktor faktor Yang Mempengaruhi Pemilihan Pelajar-pelajar Tingkatan 4 Untuk Mengikuti Kursus Di Tiga Buah Sekolah Menengah Teknik Di Daerah Johor Bahru

Lim, Kuo Hong and Mohd Noor, Norani (2004) Faktor faktor Yang Mempengaruhi Pemilihan Pelajar-pelajar Tingkatan 4 Untuk Mengikuti Kursus Di Tiga Buah Sekolah Menengah Teknik Di Daerah Johor Bahru. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian deskriptif ini adalah satu tinjauan mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan pelajar untuk mengikuti kursus di Sekolah Menengah Teknik di kalangan pelajar-pelajar Tingkatan Empat di tiga buah Sekolah Menengah Teknik di Johor Bahru. Kajian ini melibatkan 120 responden yang terdiri daripada lelaki dan perempuan yang dipilih secara rawak. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian adalah soal selidik. Satiap satu set borang soal selidik diedarkan kepada setiap responden untuk mendapat maklumat dan data yang diperlukan. Semua data mentah yang diproses akan dianalisis secara statistik deskriptif mengikut penyataan-penyataan yang telah diklasifikasikan mengikut faktor-faktor yang dikaji bagi menjawab persoalan kajian dengan menggunakan perisian Statiscal Package For The Social Science. Markat min dan peratus dari analisis akan digunakan untuk mengesan faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan pelajar untuk mengikuti kursus di Sekolah Menengah Teknik. Sebelum itu, nilai alpha juga dinilai dengan menggunakan perisian SPSS, nilai alpha bagi kajian rintis ialah 0.8945. Keputusan kajian ini telah menunjukkan tahap faktor-faktor mempengaruhi pemilihan pelajar ke Sekolah Menengah Teknik di Johor Bahru adalah sederhana tinggi. Walaubagaimanapun mereka lebih merujuk kepada faktor minat dan faktor cita-cita semasa membuat pemilihan. Akhir sekali, diharapkan kajian ini dapat memenuhi permintaan negara terhadap sumber tenaga dalam bidang kejuruteraan pada masa hadapan.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 05831
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 01 Oct 2014 10:58
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/9020

Actions (login required)

View Item View Item