Persepsi Pelajar Terhadap Peranan Ibu Bapa Pada pendidikan Awal Dalam Membentuk Sahsiah remaja: Satu Kajian Di Kalangan Pelajar tahun Empat Di Fakulti Pendidikan Utm

Jamak, Umi Kalsum and Nizar, Tamar Jaya (2004) Persepsi Pelajar Terhadap Peranan Ibu Bapa Pada pendidikan Awal Dalam Membentuk Sahsiah remaja: Satu Kajian Di Kalangan Pelajar tahun Empat Di Fakulti Pendidikan Utm. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui persepsi pelajar terhadap peranan ibu bapa pada pendidikan awal dalam membentuk sahsiah remaja. Aspek-aspek yang ditinjau ialah dari segi peranan ibu bapa, gaya asuhan dan langkah-langkah untuk mempertingkatkan peranan ibu bapa pada pendidikan awal. Fakulti Pendidikan UTM dipilih untuk kajian ini yang membabitkan 2 buah kursus. Sampel yang diambil ialah keseluhuran populasi iaitu seramai 81 orang. Instrumen yang digunakan ialah borang soal selidik yang mengandungi bahagian A, B, C dan D. Segala data yang diperolehi diproses menggunakan perisian SPSS 11.0 berdasarkan peratus dan min. Hasil dapatan kajian mendapati persepsi pelajar terhadap peranan ibu bapa pada pendidikan awal adalah positif manakala gaya asuhan pada pendidikan awal adalah gabungan demokratik dan autokratik. Terdapat 6 langkah paling berkesan dalam mempertingkatkan peranan ibu bapa pada pendidikan awal iaitu menanamkan nilai-nilai agama dalam diri anak-anak, memberi nasihat dengan cara yang baik, memberi perhatian dan galakan kepada anak-anak, mengambil berat tentang masalah yang dihadapi oleh anak-anak dan menjadi contoh yang baik buat anak-anak. Di akhir kajian ini, penyelidik mengemukakan beberapa cadangan kepada ibu bapa dan pihak-pihak yang berkenaan seperti PERKIM, JAIJ, Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pembangunan Keluarga Dan Wanita untuk kebaikan bersama.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 05780
Subjects: Childhood Education > Early Childhood Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 01 Oct 2014 10:58
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/8970

Actions (login required)

View Item View Item