Kefahaman Konsep Respirasi Dan Pernafasan Bagi Manusia Di kalangan Pelajar Tingkatan Empat Yang Mengambil Mata pelajaran Biologi Di Daerah Kuantan Pahang

Ikhsan, Suhaila and Nordin, Aziz (2003) Kefahaman Konsep Respirasi Dan Pernafasan Bagi Manusia Di kalangan Pelajar Tingkatan Empat Yang Mengambil Mata pelajaran Biologi Di Daerah Kuantan Pahang. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Respirasi merupakan topik yang sukar difahami di kalangan pelajar sains sekolah menengah. Kajian ini betujuan untuk mengkaji kefahaman pemahaman konsep respirasi dan pernafasan manusia di kalangan pelajar tingkatan empat.dari tiga buah sekolah di Daerah Kuantan, Pahang. Kajian ini melibatkan 73 orang pelajar tingkatan empat. Instrumen yang digunakan untuk mendapatkan data ialah melalui ujian pensel dan kertas berbentuk soal selidik bagi mendapatkan maklumat berkaitan kefahaman konsep respirasi dan pernafasan manusia.Soal selidik terdiri daripada bahagian A iaitu berkaitan latar belakang pelajar seperti jantina, bangsa dan gred yang diperolehi dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR). Bahagian B pula, mengandungi 20 soalan objektif dan 7 soalan struktur berkaitan konsep respirasi dan pernafasan manusia. Kajian mendapati berlaku salah konsep di kalangan pelajar dalam konsep respirasi. Selain itu, konsep asas respirasi, struktur dan fungsi struktur respirasi, mekanisma pernafsan, konsep pertukaran gas dan mekanisma kawal atur pernafasan adalah bahagian-bahagian yang tidak begitu jelas di kalangan pelajar. Adalah diharapkan dapatan kajian ini dapat mendedahkan kesukaran yang dialami para pelajar ketika mempelajari topik ini. Dengan itu, sebarang tindakan yang wajar untuk mengatasi masalah pengajaran dan pembelajaran terhadap topik ini dapat dilaksanakan dengan segera.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 05752
Subjects: Biology Education > Biology Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 01 Oct 2014 10:58
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/8942

Actions (login required)

View Item View Item