Kefahaman Konsep Osmosis Dikalangan Pelajar Tingkatan Empat Yang Mengambil Matapelajaran Biologi Di Daerah kuala Langat, Selangor

Jamal, Noraini and Yamin, Sulaiman (2003) Kefahaman Konsep Osmosis Dikalangan Pelajar Tingkatan Empat Yang Mengambil Matapelajaran Biologi Di Daerah kuala Langat, Selangor. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian ini bertujuan meninjau pemahaman konsep osmosis di kalangan pelajar tingkatan empat. Seramai 155 orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Datok and Sekolah Menengah Kebangsaan Banting terlibat dalam kajian ini. Tumpuan kajian adalah untuk melihat pola pemahaman konsep sains mereka dalam osmosis. Instrumen yang digunakan untuk mendapatkan data ialah melalui soal selidik dan ujian yang meminta responden menjawab soalan yang dikemukakan. Hasil kajian mendapati berlaku salah konsep di kalangan pelajar dalam konsep osmosis. Selain itu, pelajar tidak dapat menjelaskan aspek-aspek dalam osmosis iaitu isotonik, hipertonik dan hipotonik. Adalah diharapkan kajian ini dapat mendedahkan kesukaran yang dialami para pelajar ketika mempelajari topik ini.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 05751
Subjects: Biology Education > Biology Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 01 Oct 2014 10:58
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/8941

Actions (login required)

View Item View Item