Sejauhmanakah Keberkesanan Penggunaan Eksperimen Ringkas Dalam Meningkatkan Tahap Penguasaan Konsep Osmosis Bagi Pelajar Tingkatan Empat

Hasan, Fareeda Hayati and Nordin, Aziz (2003) Sejauhmanakah Keberkesanan Penggunaan Eksperimen Ringkas Dalam Meningkatkan Tahap Penguasaan Konsep Osmosis Bagi Pelajar Tingkatan Empat. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kesan penggunaan kaedah eksperimen ringkas dalam meningkatkan tahap penguasaan konsep osmosis di kalangan pelajar-pelajar tingkatan 4. Kajian ini dijalankan di dua buah sekolah di Daerah Kuala Lipis, Pahang iaitu Sekolah Menengah Clifford dan Maktab Rendah Sains MARA Kuala Lipis. Seramai 50 orang pelajar dari dua buah sekolah tersebut dipilih sebagai sampel kajian. Untuk melihat sejauhmana keberkesanan eksperimen tersebut, satu set soal selidik telah diedarkan dan hasil yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package For The Social Science (SPSS) versi 10.0. Keputusan yang diperolehi direkodkan dalam bentuk peratus. Hasil kajian mendapati penggunaan kaedah eksperimen ringkas berjaya meningkatkan tahap penguasaan konsep osmosis di kalangan pelajar. Beberapa cadangan juga disertakan untuk panduan kepada guru-guru dan pihak sekolah bagi meningkatkan penguasaan konsep osmosis di kalangan pelajar dengan penggunaan kaedah eksperimen.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 05749
Subjects: Biology Education > Biology Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 01 Oct 2014 10:58
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/8939

Actions (login required)

View Item View Item