Pembangunan Modul Pengajaran Kendiri (mpk) Berasaskan web Bagi Tajuk Sel: Struktur Dan Fungsi Struktur Sel tingkatan Empat

Md. Amin, Hairulzin and Ismail, Zaleha (2003) Pembangunan Modul Pengajaran Kendiri (mpk) Berasaskan web Bagi Tajuk Sel: Struktur Dan Fungsi Struktur Sel tingkatan Empat. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Pendekatan yang berpusat murid merupakan salah satu teknik pengajaran yang berkesan dalam menyampaikan isi pelajaran. Penekanan diberi kepada penglibatan pelajar secara aktif, menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif dan kritis dan perbezaan individu menjadi satu faktor yang perlu diambil kira. Modul Pengajaran Kendiri (MPK) yang dibina secara sistematik adalah satu alternatif dalam memenuhi keperluan tersebut. Ditambah lagi dengan penggunaan komputer, maka proses pembelajaran akan menjadi lebih menarik, interaktif, tersusun dan bermakna. Projek ini bertujuan membangunkan satu MPK dalam bentuk halaman web, bagi mata pelajaran Biologi tingkatan empat yang bertajuk Sel: Struktur dan Fungsi Struktur Sel. MPK yang dibina adalah berdasarkan Model Teras Cabang Shaharom. Dalam membangunkan halaman web ini, faktor utama yang ditekankan adalah elemen interaktiviti yang digabungjalinkan dengan ciri-ciri pembelajaran yang berkesan seperti pembelajaran berpusat pelajar, kepelbagaian aktiviti, pembelajaran penerokaan dan penilaian berterusan. Projek ini menjadikan grafik, animasi serta susun atur paparan sebagai kekuatan yang dapat dimanipulasikan bagi menarik minat pelajar terhadap topik yang disediakan. Dengan terhasilnya MPK dalam bentuk halaman web ini, diharapkan mutu serta gaya proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) masa akan datang bakal berubah seiring dengan kemajuan teknologinya.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 05747
Subjects: Theory and Practice of Education > Specific Learning Practices
Educational Technology > Internet Computing
Educational Technology > Instructional Technology
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 01 Oct 2014 10:58
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/8937

Actions (login required)

View Item View Item