Pertalian Antara Tahap Kecerdasan Dengan Keupayaan Motor Pelajar Sekolah Menengah Rendah Di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chan Wa, Seremban : Satu Tunjauan.

Abdul Rahim, Ahmad Suhaimi and Omar, Shariff (1998) Pertalian Antara Tahap Kecerdasan Dengan Keupayaan Motor Pelajar Sekolah Menengah Rendah Di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chan Wa, Seremban : Satu Tunjauan. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini telah cuba melihat perkaitan antara tahap kecerdasan dengan keupayaan motor pelajar menengah rendah di SMJKC Chan Wa, Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus. Sampel kajian terdiri daripada 80 orang pelajar tingkatan dua dari dua buah kelas yang mempunyai tahap kecerdasan yang berbeza dan sampel ini telah dipilih secara rawak berkelompok. Tahap kecerdasan diukur melalui dan sampel ini telah dipilih secara rawak berkelompok. Tahap kecerdasan diukur melalui keputusan peperiksaan akhir tahun di tingkatan satu dan tahap keupayaan motor diukur dengan menggunakan ujian barrow motor Ability Test. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat pertalian positif yang sedrhana (r=+0.5) diantara tahap kecerdasan dengan tahap keupayaan motor subjek yang dikaji. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa pertalian kedua-dua pembolehubah kecerdasan dan keupayaan motor adalah lebih tinggi dan beerti dikalangan pelajar perempuan (r=+0.63) berbanding dengan pelajar lelaki, (r=+0.29) dimana ujian keertian menunjukkan bahawa pertalian tersebut tidak beerti bagi pelajar lelaki. Keseluruhannya hasil kajian menunjukkan bahawa kedua-kedua jantina tersebut mempunyai pertalian yang positif beerti.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 05666
Subjects: Sport Science Education > Sport Science Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 01 Oct 2014 10:58
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/8856

Actions (login required)

View Item View Item