Analisis Kandungan Soalan-soalan Sejarah Bagi Kertas Model Pmr Satu Tinjauan

Ngadiman, Afandi and Omar, Shariff (1998) Analisis Kandungan Soalan-soalan Sejarah Bagi Kertas Model Pmr Satu Tinjauan. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Penggunanan kertas model Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi subjek sejarah amat meluas di kalangan guru dan pelajar. Namun, tidak dapat dipastikan sejauhmanakah soalan-soalan dalam kertas model tersebut berkualiti dan menepati ciri-ciri sesuatu ujian. Kajian ini merupakan kajian analisis kandungan yang bertujuan untuk meninjau sejauhmanakah soalan-soalan sejarah bagi kertas model PMR selaras dengan sukatan pelajaran, agihan soalan berdasarkan tingkatan menepati pola soalan PMR, bentuk-bentuk soalan selari dengan soalan PMR dan keselarasan aras pengetahuan yang diuji berbanding soalan peperiksaan PMR. Kajian ini menggunakan jadual penentu yang dibina sendiri oleh pengkaji sebagai instrumen untuk menganalisis setiap soalan berdasrkan objektif kajian.Sebanyak lima kertas model soalan-soalan sejarah PMR berlainan penerbit yang merangkumi 300 sampel soalan dipilih untuk dianalisis. Untuk tujuan perbandingan, enam puluh sampel soalan sejarah peperiksaan PMR 1997 turut dianalisis. Data kajain telah dianalisis menggunakan kaedah statistik deskriptif. Hasil kajian menunjukkan soalan-soalan sejarah bagi kertas model PMR selari dengan kandungan sukatan pelajaran sejarah peringkat menengah rendah. Walau bagaimanapun, hasil kajian menunjukkan ketidakselarian pola agihan soalan mengikut tingkatan, bentuk-bentuk soalan dan aras kognitif yang diuji berbanding soalan sejarah periksaan PMR 1997.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 05634
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 01 Oct 2014 10:58
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/8824

Actions (login required)

View Item View Item