Perkaitan Antara Pengetahuan Mengenai Aids Dan Sikap Mengensi Aids Dikalangan Guru Pengkhususan Pendidikan Jasmani Kesihatan Di Maktab Perguruan Raja Melewar, Januari 1998 : Satu Tinjauan.

A.k. Bapotti, Suraya Bibi and Omar, Shariff (1998) Perkaitan Antara Pengetahuan Mengenai Aids Dan Sikap Mengensi Aids Dikalangan Guru Pengkhususan Pendidikan Jasmani Kesihatan Di Maktab Perguruan Raja Melewar, Januari 1998 : Satu Tinjauan. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini telah cuba menyingkap persoalan tentang PENGETAHUAN dan SIKAP terhadap AIDS dikalangan guru-guru dan bakal-bakal guru yang mengikuti kursus, bidang Pendidikan Jasmani di Maktab Perguruan Raja Melewar, Seremban pada Januari 1998. Kajian ini juga telah melihat perkaitan antara pengetahuan dengan sikap terhadap AIDS. Responden terdiri daripada 75 orang yang mana merupakan populasi bagi kajian ini. Kajian ini dijalankan secara pengumpulan data melalui instrumen soal selidik. Soal selidik yang digunakan merupakan pengubahsuaian daripada soal selidik yang telah digunakan dalam National Health Interview Survey di Amerika Syarikat juga dari kajian-kajian lain. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa terdapat pertalian positif yang rendah antara pengetahuan dan sikap mengenai AIDS dikalangan kumpulan KDPK dan juga kumpulan DPM. Walau bagiamanapun, apabila responden dikategorikan mengikut kehadiran ke kursus AIDS didapati pertalian antara pengetahuan dan sikap adalah positif dan bersifat sederhana. Ini menunjukkan bahawa kehadiran ke kursus AIDS dapat meningkatkan pengetahuan dan juga menyumbang terhadap sikap positif mereka. Disamping itu juga, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa guru-guru yang dikaji mempunyai tahap PENGETAHUAN yang tidak tinggi juga sikap tidak positif terhadap penyakit AIDS.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 05625
Subjects: Sport Science Education > Sports Management
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 01 Oct 2014 10:58
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/8815

Actions (login required)

View Item View Item