Pengaruh Kelas Sosial Terhadap Pencapaian Bahasa Melayu Dikalangan Pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan Klebang Besar, Melaka.

Low, Shea Lee and Omar, Shariff (1998) Pengaruh Kelas Sosial Terhadap Pencapaian Bahasa Melayu Dikalangan Pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan Klebang Besar, Melaka. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajain ini dijalankan bertujuan untuk melihat pengaruh kelas sosial terhadap pencapaian Bahasa Melayu di kalangan pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Klebang Besar, Melaka. Faktor-faktor kelas sosial yang dikaji merangkumi lima pembolehubah sosial iaitu latar belakang ibu bapa, sikap dan galakan ibu bapa terhadap pendidikan, kemudahan yang disediakan, bahasa yang dituturkan dan bahasa ibunda pelajar. Kajian ini menggunakan soal selidik yang dibentuk berdasarkan dapatan-dapatan kajian yang lepas. Seramai 100 orang responden telah dipilih sebagai sampel kajian ini. Data-data kajian telah dianalisis menggunakan deskripsi kekerapan dan analisis inferensi ANOVA satu hala pada aras keertian 0.05. Hasil kajian menunjukkan pencapaian Bahasa Melayu pelajar-pelajar dari kelas sosial atasan dan menegah adalah lebih baik secara signifikan dibandingkan dengan pelajar-pelajar dari kelas sosial bawahan. Faktor-faktor sosial yang berbeza diantara pelajsr-pelajar dari kelas sosial atasan, menengah dan bawahan mempunyai hubungan dengan pencapaian Bahasa Melayu. Dalam kajain ini, kelima-lima pembolehubah sosial dikenalpasti mempengaruhi pencapaian bahasa Melayu kecuali bagi faktor bahasa ibunda. Faktor ini hanya mempengaruhi pelajar-pelajar dari kelas sosial bawahan.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 05615
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 01 Oct 2014 10:57
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/8805

Actions (login required)

View Item View Item