Persepsi Pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Sri Muar Terhadap Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan.

Murusamy, Sugumaran and Omar, Shariff (1998) Persepsi Pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Sri Muar Terhadap Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Laporan kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi pelajar sekolah menengah terhadap mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Penyelidik telah mengenalpasti lima faktor yang mempengaruhi persepsi pelajar terhadap mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, iaitu, minat pelajar terhadap mata pelajaran PJK, kefahaman pelajar tentang kepentingan dan fungsi mata pelajaran PJK, kewibawaan guru, kepelbagaian aktiviti PJK serta penyediaan kemudahan dan peralatan sukan oleh pihak sekolah. Penyelidik telah menggunakan soalselidik yang mengandungi 30 item berdasarkan Skala Likert, iaitu, 6 item bagi setiap faktor. Sampel kajian ini terdiri daripada 80 orang pelajar tingkatan 4 dari sekolah Menengah Sri Muar, iaitu 40 pelajar dari aliran Sains dan 40 orang pelajar dari aliran sastera. Data yang telah diperolehi itu telah diperolehi itu telah dianalisa melalui komputer dengan menggunakan program SPSS 7.5. Penyelidik telah menggunakan kaedah deskriptif, iaitu peratus dan frekuensi; dan kaedah inferential, iaitu ujian-t untuk menganalisis data. Penganalisaan data secara deskriptif telah menunjukkan bahawa pelajar menunjukkan persepsi positif bagi 21 item dan persepsi negatif bagi satu item. Secara keseluruhannya, pelajar cina menunjukkan persepsi yang lebih positif daripada pelajar Melayu, pelajar satera menunjukkan persepsi pelajar yang lebih positif daripada pelajar Sains dan pelajar perempuan menunjukkan persepsi yang lebih positif daripada pelajar lelaki bagi kebanyakkan item. Penganalisaan data secara inferensi dengan menggunakan ujian-ttelah menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan persepsi keseluruhan yang signifikan diantara pelajar Sains dengan Satera dan diantara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 05599
Subjects: Sport Science Education > Sports Management
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 01 Oct 2014 10:57
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/8789

Actions (login required)

View Item View Item