penerapan Unsur-unsur Sejarah Matematik Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran : Satu Cadangan Model Pengajaran.

Teyew, Siaw Fuen and Bakar, Md Nor (2001) penerapan Unsur-unsur Sejarah Matematik Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran : Satu Cadangan Model Pengajaran. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Masih ramai pelajar berpendapat bahawa mata pelajaran Matematik sukar. Mereka kurang berminat, cepat merasa bosan dan jemu dalam pembelajaran Matematik. Di Malaysia, salah satu usaha yang dilakukan ialah dengan memasukkan aspek-aspek sejarah matematik ke dalam Kurikulum Matematik KBSM. Penggunaan sejarah Matematik dicadangkan untuk memperbaiki sikap dan pandangan pelajar terhadap Matematik. Oleh itu, tujuan kajian ini adalah untuk membina suatu model konseptual penerapan unsur-unsur sejarah Matematik. Seterusnya kajian ini menilai status kesesuaian model pangajaran penerapan unsur-unsur sejarah matematik yang dicadangkan itu. Kajain ini melibatkan subjek seramai tiga pulah enam orang guru matematik untuk menentukan status kesesuaian model pengajaran dengan menggunakan borang soal selidik kesesuaian model pengajaran ( Guru ). Keputusan kajian menunjukkan model pengajaran penerapan unsur-unsur sejarah matematik yang dibina amat sesuai digunakan sebagai bahan sokongan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik KBSM dan tiada perbezaan yang signifikan mengenai status kesesuaian terhadap ketiga-tiga pembolehubah bebas iaitu jantina, pengalaman mengajar dan bidang pengkhususan. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa walau pun ramai guru tidak pernah mengikuti kursus sejarah matematik tetapi mereka berminat untuk mengaplikasikan model pengajaran penerapan unsur-unsur sejarah yang dibina oleh penyelidik dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik mereka.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 05534
Subjects: Mathematics Education > Mathematics Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 01 Oct 2014 10:57
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/8725

Actions (login required)

View Item View Item